K-Drama: Hymn of Death

March 14, 2019

ada satu drama ni aku baru je habis tengok, 3 episode.. sedih giler weh tapi aku tak tahu nak cakap tu sedih macam mana, lee jong suk bawa watak sebagai kim u-jin, shin hye sun sebagai yun sim deok. drama ni based on true story dan adaptasi yang ketiga.


HYMN OF DEATH - kim u-wjin ni playwright, dan yun sim deok ni penyanyi soprano. diorg kenal masa sama-sama training untuk persembahan theater. dalam tempoh tu, diorg berdua ni masaing-masing dah ada perasaan towards each other tapi tak pernah luahkan. sampai this one day, bila tour untuk persembahan theater diorg dah habis, u-jin panggil diorg semua stay semalam kt rumah dia.


mulanya, sim deok terkejut jugak sebab dia ingatkan u-jin ni orang miskin, tapi rupanya u-jin ni seorang pewaris tunggal. malam tu u-jin kenalkan isteri dia, bila sim deok dah tahu yang u-jin ni dah berkahwin, dia terus balik ke Tokyo dulu, beberapa hari sebelum dia graduate dan balik korea, dia berjumpa kejap dengan u-jin, buat kali terakhir.


tapi 5 tahun kemudian diorg berjumpa, perasaan yang dulu diorg dah tanamkan jauh-jauh muncul semula. dan diorg menjalinkan affair. isteri u-jin sedar yang suami dia ada affair. suatu hari tu, sim deok datang cari u-jin di mokpo dan dia bagi ayat bunga kt u-jin supaya ajak dia lari tapi u-jin tak sanggup, dan affair diorg almost tamat di situ. but bila u-jin dapat tahu sim deok nak kawen dengan lelaki lain, dia datang cari sim deok, cakap yang dia sanggup tinggalkan keluarga dia. 

u-jin pergi ke tokyo dulu, tunggu sim deok di sana tapi yang ada di depan pintu bila u-jin buka pintu ialah wife dia. datang bagitau, kalau u-jin tak pedulikan diri dia takpe tapi tolong pedulikan ayah dia. pada masa yang sama jugaklah sim deok kena ugut untuk bekerja sebagai penghibur jepun kalau tak nak keluarga dia kena bunuh. 


sim deok bagitahu pasal hal ni bila dia dah jumpa u-jin di jepun dan pada masa tu, u-jin pun cakap dia tak sanggup nak sakitkan hati keluarga dia tapi dia pun tak sanggup nak tinggalkan sim deok..


ending dia macam mana..? haa korang tengoklah sendiri ;)


xoxo

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts - all time

Blog Archive

FAVORITES