Salam Jumaat semua.. Hari ni rasa macam nak share pasal mimpi malam tadi. Tak tahulah macam mana boleh mimpi macam tu. Seram + takut + macam-macam feeling ada time tu. Boleh plak mimpi pasal benda lain then tiba-tiba entah macam mana, I plak yang kena bunuh dalam mimpi tu. Bila minta tolong, tiada siapa pun yang minta tolong. Darah keluar banyak, sebab kena tikam dengan pedang dekat perut. Masa minta tolong tu, orang tu tak nak tolong sebab dia cakap I ni setan. Sebenarnya I dah mati & tiba-tiba orang tu cekik I plak. I meronta minta tolong. (Nauzubillah.. time tu rasa mcam betul je). Nak menangis keluar air mata darah sekalipun, benda semua dah jadi. Tak boleh patah balik ke belakang. *Serious, I ingat I betul-betul dah mati*
Sekali tu I macam tersentak, rupanya I mimpi je. Walaupun mimpi, ianya tetap scary. I jadi tak boleh tidur. Tengok jam di dinding, I dah agak mesti pukul 5.30am. Sebabnya? Itulah waktu I selalu mimpi. Kata orang, kalau mimpi waktu macam tu, itu semua gangguan syaitan. Untuk halang umat Islam dari bangun tidur & menunaikan solat subuh.
Sekali lagi I terkejut bila dengan ada bunyi di luar. (Bilik di depan & ada tingkap besar plak tu). Lepas tu ada shadow yang lalu. Lagilah I fikir yang bukan-bukan plak. Mana tahu ada pencuri nak masuk rumah ke sebab sebelum ni masa baru pindah ke rumah ni pun ada orang pernah try nak masuk rumah kitorang. Tiba-tiba I rasa macam nak tahu. Shadow apa yang I nampak tadi. Rupanya................................... jiran I yang buka grail pintu tadi & tengah buka gate nak pergi kerja. Perasaan dah jadi lega sikit tapi still tak boleh tidur.
So I pun..................................... heret bantal dengan selimut pergi tidur kat sebelah mama. Selalunya adik I yang kecil tu tidur dengan I tapi malam tu kitorang gaduh, so dia tidur dengan parents I la (tiap kali gaduh macam tulah). Mama tersedarlah plak & tanya kenapa tidur kat sini. I tak jawab apa pun. Lepas tu mama tanya takut & I pun just say a'ah. Lena I tidur lepas tu.
Lepas tengok cerita Dendam Sarakit semalam I terus masuk tidur. And I memang pun peminat setia cerita hantu bagai ni. DVD yang I beli pun semua pasal cerita hantu. So lepas ni I ingat nak kurangkanlah tengok cerita-cerita macam ni. Nanti tidur pun tak senang.
Til next time, xRZx
No comments:
Post a Comment