October 14, 2013

hikmah di sebalik sujud

Assalamualaikum..


rasa cepat je masa berlalukan.. pejam celik pejam celik dah nak masuk pertengahan bulan october.. esok pula Raya Haji.. kalau dulu masa kecik-kecik, dengar raya je excited tahap maximum sangat.. tak kiralah raya puasa or raya haji tapi sekarang feeling raya gitu-gitu je.. dah tak macam dulu lagi.. dulu bila cuti seronok, now sejak kerja ni.. bila dapat cuti terasa nikmatnya tapi stress memuncak bila fikir kerja yang pending di office.. lagi lama cuti, lagi bertimbun fail atas meja.. =.=


btw umum tahu yang umat Islam mempunyai lima waktu solat dalam sehari.. bukan saja kerana ianya disebabkan tuntutan Allah S.W.T tapi juga boleh dianggap sebagai "senaman ringan"


kenapa??


ramai yang tak tahu bila setiap kali kita sujud, kita bukan setakat sujud menghadap Allah S.W.T tapi sujud juga mempunyai hikmah yang kita langsung tak pernah terfikir.. termasuklah aku.. info yang aku dapat ni pun dari mynewshub.my..




  • membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya
  • membetulkan pundi peranakan yang jatuh
  • melegakan sakit hernia (burut)
  • mengurangkan sakit senggugut ketika haid
  • melegakan paru-paru daripada ketegangan
  • mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa
  • kedudukan sujud adalah yang paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh
  • meringankan bahigan pelvis
  • memberi dorongan supaya mudah tidur
  • menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud
  • pergerakkan otot itu menjadikannya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan licinan perjalanan darah yang baik
  • bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada
  • menurangkan kegemukkan
  • pergerakkan bahaigan otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakkan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions)
  • organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen
  • mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya

"ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah S.W.T. dan merekan menggalakkan kita bersujud lebih lama. antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.."


rupanya-rupanya ramai yang tahu (eh ramai ke) bila bersujud ni bukan setakat membuatkan kita rasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus menanamkan sifat humble pada diri kita etc.. yang itu dari segi psychology la ok.. kalau dari medical pula they say sujud yang lama ni akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh elakkan pening kepala dan migrain.. yang ni aku perasan sangat.. selalunya terjadi dekat orang dah kerja je.. stress sebab semakin lama expenses semakin tinggi kot hehe


ok back to our topic, selain tu sujud ni dapat menyegar and menajamkan akal fikiran seseorang tu.. no wonder la kenapa budak-budak sekarang ni cerdik diorang tu memang over sangat.. agaknya effect dari main guling-guling bagai kot.. lagi satu kuatkan mentality.. haha siapa yang lepas ni jenis yang takut-takut, lepas ni tak ada nak takut-takut lagikan ;-p


ok lagi satu, otak kita ni ada banyak urat saraf and sometime stu ada urat saraf yang tak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak kita ni memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.. tengok hebat tak "senaman" yang dah disediakan oleh Allah S.W.T. untuk para hambanya?


*****************************************************************


Tujuh kalimat Sabda Rasulullah S.A.W. "barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut"

  • mengucap Bismillah bila ingin melakukan sesuatu
  • mengucap Alhamdulillah bila selesai melakukan sesuatu
  • mengucap Astaghfirullah jika tersilap cakap benda yang tak elok
  • mengucap InsyaAllah sekiranya berjanji untuk sesuatu tapi tak pasti dapat tunaikan
  • mengucapa La haula wala kuwwata illa billah jika mengahdapi sesuatu yang tak diingini
  • mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika berlaku musibah 
  • mengucap La ilaha illa Allah Muhammdad Rasulullah sepanjang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi kebiasaan


*****************************************************************


#sekadar renungan bersama#


xoxo


No comments:

Post a Comment