Purata orang perempuan paling susah sekali bab simpan duit.. Agree tak you all? Sometimes tu bukan tak nak simpan, dah elok simpan duit tapi tangan ni plak gatal-gatal pergi withdraw duit dari atm, swap VISA or credit card.. Alasan? Tak cukup duit la nak pakai, nak beli itu ini, budget lari bla bla bla etc
Even kalau cakap dah buat tabung dekat rumah pun, entah berapa bulan je dapat buat, lepas tu OOOOOPPPPPPSSSSS LUPA~~ now after reading a post by Nisa Kay, suddenly I thought.. "eh why not try this way".. thanks sis sebab share cara abam tu & his cousin simpan duit.. I believe ramai orang akan try how to menabung secara paksa.. ^^
Simpan Duit Yang Anda Pilih Warnanya
Kisah Benar :
Idea ni sangat praktikal untuk semua orang.
Ok, first sekali letakkan target duit Nilai berapa yang nak dijadikan SIMPANAN ANDA.
- Tempoh masa : 10 bulan (Januari Hingga Oktober)
- Tujuan : Nak pi jalan jalan ke Turki @ Pi Umrah @ nak menikah lagi @ nak bawak mak ayah anak bini pi jalan jalan sabah.(Sekadar contoh)
- Duit yang dipilih : RM 5 dan RM20
PERATURAN WAJIB :
- Setiap kali anda menerima duit RM5 dan RM20 , anda WAJIB masukkan duit tu dalam TABUNG yang anda dah buat tadi.
- HARAM MUAKKAD untuk anda gunakan duit RM 5 dan RM20
- Jika 'terguna' sila qada dengan DOUBLE AMOUNT
- WAJIBKAN pasangan anda buat benda yang sama.
- If belum menikah, SHARE lah dengan housemate, roomate anda.
- JANGAN dok gatai tangan pi pecah tabung tu selagi tak mencapai usia MATANG .
Idea ni saya terima dari seorng sepupu saya Naimah Md Ludin .Beliau seorang guru dan suaminya seorng pegawai TM Telekom.
Selepas 6 bulan beliau buat kaedah ini, Hasilnya ,
140 keping RM 20
180 keping RM 5
Total saving secara PAKSA RELA selepas 6 bulan = RM 3700
Believe it or not, I tengah try menabung cara macam ni hehe the plan is to save the money in a box and will open it next year, lebih kurang macam buka personal current account la cam tu.. boleh withdraw duit after that certain time.. seriously rasa best plak menabung macam ni, terasa macam lebih dewasa eh hehe sorry, sometimes mindset I macam sweet 16 gitu kekeke
Anyway guys, hopefully you all will enjoy this type of teknik menyimpan duit secara paksa..
xoxo
No comments:
Post a Comment