Yeay baru ada masa nak citer pasal 3D2N dengan budak-budak tu.. mood macam malas je nak update but bila think back few months later bila baca pasal the trip tu confirm tergelak tersengih sorang-sorang.. hehe aku dah memang jenis yang cam ni eh, harap maklum..
Plan nak pergi trip tu sebab dah alang-alang Asma nak kahwin, tapi yelah, kita planning je tapi Allah yang tentukan.. planning nak half day pun tak dapat sebab kerja banyak.. so petang Jumaat lepas habis kerja tulah baru pergi ke Teluk Batik.. nasib baik homestay semua dah booking awal-awal.. Syam ngan Milah tak dapat datang, so just Ina and her little fam je yang datang dari KL..
Macam biasa before nak jejalan kenalah makan dulu kan, tengah hari dahlah tak lunch sebab nak siapkan kerja punya pasal.. semangat berkobar-kobar nak pergi 3D2N tapi nak packing baju pergi trip MALAS *.* sementara tunggu Mi datang ambil aku kat office, tah berapa kali aku call + kakao talk bila nak sampai + aku lapar giler weh..
Lepas makan-makan kt Mydin, aku nak pergi beli barang kejap kt dalam supermarket tu, nak dijadikan cerita time aku nak bayar tu adalah orang tu main terjah je lepas tu roti gardenier yang panjang tu siap tercepuk muka sikit, perasan ada orang macam lari-lari, ingatkan nak berebut counter dengan aku ke apa..
so aku pun macam "hey mak cik ni kurang ajar betul" tapi cakap dalam hati je la pun, rupa-rupanya bila aku toleh, tengok-tengok Mi & Kecik kat belakang tu terus tak jadi nak sound.. merah terus muka aku tahan marah kan.. lepas tu Mi boleh plak ajak aku masuk kedai phone tu balik sebab nak ambil belon, tu la aku dah cakap, ambil awal-awal tadi tak nak.. ni nak masuk balik ambil.. ai is malu hokay!
Lama giler tahu dah tak jumpa Kecik.. last jumpa Kecik hari tu time Syam kahwin.. ko bayangkanlah dah berapa lama tu.. Syam pun dah ada anak sorang sekarang..
Asma ni plak boleh plak buat lawak time kitorang nak balik..
"eh korang tunggulah aku.. aku macam mana"
ko macam mana apa lagi Asma, layan laki kolah, takkan nak ikut kitorang berjimba plak kot -.- sorry tau tak dapat stay lelama and terjah pelamin ko tu, kitorang dah behave sekarang, tak buat perangai cam dulu lagi, main terjah je pelamin pengantin masa dorang tengah makan hehe umur dah 62, dah jadi opah dah pun so kenalah baik sikit kan lololz eh jap sapa yang dah jadi opah sekarang ni??
otw nak balik banglo, kitorg singgah jap kat aeon manjung shop ingredients untuk barbecue malam tu.. haish lama sangat dah hold post ni, aku pun dah ingat-ingat lupa apa jadi kat aeon tu.. yang aku ingat dora poop lepas tu ina bawa dia salin pampers, terpisah dengan mi kejap masa beli arang etc
nak dijadikan cerita, dari pukul 8 sampai 9 lebih kitorg try to put on fire tapi tak dapat-dapat -.- dahlah dengan tempat barbecue tu ada katak sampai aku call tuan rumah suruh bawa yang lain.. tak sangka aku berani plak si minah tu ambil katak tu buang.. guna tangan sendiri ok!!! sebab nak hidup api tak dapa-dapat, tunggu la harry balik pukul 10 lebih tu baru dapat makan.. tak cukup barbecue, kitorg pergi tapau nasi goreng plak sekali.. sedih betul aku rasa time tu.. susah bebenau nak makan sob sob
p/s: post ni dah hold dari bulan march hari tu hahaha since wedding asma.. after our 3D2N, aku minah dengan kecik pergi kenduri satu lagi plak.. time ni best, masa nak balik tu singgah kedai jap beli air, boleh plak tayar si dani gigit kain aku ke kasut aku.. aku pun tak ingat..
xoxo
No comments:
Post a Comment