November 16, 2016

Denda Sikit Pun Cakap Kejam, Manja Terlebih Sangat

Phew lama giler dah tak update blog. kalau update pun semua pasal movie. lama-lama jadi blog lapuk je nanti ni. *sigh by the way aku ada few things sikitlah nak tegur pasal budak sekolah sekarang ni. korang pun tahu kan technology sekarang makin lama makin canggih, semua benda pun nak cepat dan senang tapi itu tak bermaksud senang segala benda sampai dah tak ada rasa hormat kat cikgu.


kenalah ingat cikgu tu mendidik & memberi ilmu, kalau tak hormat, silap haribulan tak berkat ilmu yang cikgu ajar. janganlah kerana kena suruh duduk kt atas jalan tar masa assembly pun nak dijadikan isu. patutnya bersyukurlah korang dapat jugak duduk. aku dulu masa sekolah tiap kali assembly jangan haraplah nak dapat duduk, bayangkan bukan setakat monday assembly je, every single day kitorang ada assembly before masuk kelas. bukan dudk tapi berdiri okay!


bersyukurlah dapat jugak duduk tahu, aku datang lambat pun berdiri jugak aka latecomers line. baru kena denda duduk atas jalan tar, macam manalah agaknya kalau denda sapu corridor atau lap tingkat kelas? lagi teruk viral kot. 


teringat pulak aku dulu kena denda lap tingkat sebab tak bawak jangka lukis. tengah mengelap ternampak pulak member class sebelah kena sapu satu corridor, apa salah dia aku tak tahulah. aku bukan nak bangga sebab kena denda ke apa tapi benda ni nantilah yang boleh jadi pengajaran so that lain kali korang takkan buat lagi.


lepas tu baru-baru ni aku ada pulak dengar issue pasal pelajar bukan orang gaji untuk padam papan hitam. what the heck! guys! padam papan hitam tulah paling best tau. banyak-banyak class duty nilah aku paling suka. member belum habis salin aku dah padam maka dengarlah suara jerit-jerit "woi aku tak habis salin lagi" and I'll be like peduli apa aku puahahahahahaha aku rasa budak sekolah kat malaysia sekarang ni manja lebih. 




aku bukan nak show off sangat pasal sekolah aku dulu tapi sekolah aku ni banyak buat kerja sosial, setahu aku kalau korang buat salah ke apa, siap-siaplah kena panggil buat kerja sosial. tolong siram bunga ke, kutip sampah, bersihkan padang etc. fyi, sekolah aku form 2 sampai form 5 semua sesi pagi, cuma form 1 je sesi petang. best memang best sebab tak ada senior datang kacau ke apa tapi after recess, kena bersihkan canteen tau. disebabkan dari form 1 sampai form 5 ada 8 kelas, so semua duty bahagi ikut kelas. 


setiap hari untuk sesi petang, lepas rehat, kelas yang on duty that day kena bersihkan canteen, angkat kerusi, buang sampah bagai. yang lagi 7 kelas tu bukan terus masuk kelas, kena tunggu dulu kt assembly court (sebab canteen depan assembly court je) lepas siap semua tu baru boleh terus masuk kelas. kenapa assembly court? sebab kitorang ada 4 tempat assembly hall, trinity hall, assembly court dengan sekolah rendah punya hall. last but not least I am proud to say that I am MGS student. :)


xoxo





No comments:

Post a Comment