Morning all... Pejam celik pejam celik hari ni dah Jumaat, esok kenduri, lusa Darwisy convo, tulat start balik kerja, tonggeng dah Deepavali hekhek betul ke susunan tu? esok lusa tulat tonggeng.....?? *jangan ada yang tertomggeng bagai sudah*
Hari ni pergi kerja papa hantar *papa kandung bukan boyfriend erk*, naik motor je boleh merempit masuk celah-celah kan.. Masa nak keluar rumah tu, I cakap dengan papa nanti singgah di Medan Selera.. I nak tapau nasi lemak.. Eh jap.. I lupa nak minum air la kt rumah.. Penat je I buat tea =.=
Bukan tapau nasi lemak semata-mata erk, siap ada bulls eye egg lagi aka telur mata kerbau & nugget 2.. wajib ada kalau beli nasi lemak di kedai pak cik tu.. yumm yumm tak sabau nak sampai office & mencekik (^.^) area situ memang tip top jadi port lorry driver parking lorry diorang kt tepi jalan.
Masa nak keluar tadi I nampak ada seorang budak ni, maybe umur dia dalam 5-6 tahun kot panjat lorry tu. Gamaknya tengah cuti sekolah, nak ikut ayah jejalan dengan lorry la tu. I pun cakap dengan papa, if papa still drive lorry lagi.. mesti Darwisy pun macam tu juga, sibuk je nak ikut naik lorry.. hehehe
Actually I pun dulu macam tu juga.. Asal hari Jumaat je, mesti kelam kabut siapkan homework.. sanggup tak tidur petang sebab malam tu nak ikut papa out station.. mama pun siap warning lagi nak ikut kena siapkan semua benda yang berkaitan dengan perkataan 'sekolah' kalau tak balik nanti dah kelam kabut.. itu ini tak siap..
Tapi ada satu pengalaman tu, memang family I takkan lupa sampai bila... Kitorang sambut Raya Haji di..................................................................................................................................................................................atas lorry..... sedih kot time tu.. bila lalu dekat kampung di area Melaka, nampak orang semua sibuk siap-siap nak g sembelih, barulah sedar dah raya rupanya...
Boleh plak papa nak wt joke, kalau ada kenduri kita singgah tumpang makan huuuuuu =.= *cakap kosong je* papa call his friend & kitorang semua pergi makan sesama kt mall di area Melaka.. Tak ingatlah apa nama mall tu but for sure bukan Melaka Parade...
So that's my life when I was a kid.. Spent most of my time school's holiday in lorry with papa.. Bestnya papa ni, I tak pernah terasa yang I actually tengah ikut papa pergi kerja.. whenever kerja papa semua dah settle, we all pergi relax di beach.. our family fave place to go ;-)
I still ingat time tu, kitorang pergi holiday di Penang after papa done all his job.. he rented a hotel & we had fun for 2 days I think.. Pergi Komtar beli barang-barang sekolah terus, makan best-best *ini penting* & kebetulan time tu ada fiesta main layang-layang. Papa cakap di Penang memang selalu ada fiesta macam tu, so he bought me a kite & it cost RM 50.
I'm still keep it.... And nanti bila senang I upload pic layang-layang I tu.. And u know what, that nite... layang-layang I terbang paling tinggi... *2 kali layang-layang tu pernah terlepas masa di Ipoh.. nasib baik papa dapat kejar hehehe*
This is the type of lorry yang papa drive dulu.. Best ada tempat tidur lagi kt belakang hihi
xoxo - RZ
No comments:
Post a Comment