Assalamualaikum sobat sobat ku sekalian...
hehehe hari ni ada satu benda yang wajib dan harus diceritakan.. baru saja berlaku dalam 30 minutes.. hari tu mama ada bagitahu pasal government job vacancy and to be honest aku memang tak berapa suka kerja gov ni.. entah kenapa aku selalu cakap yang gov servant ni makan gaji buta.. masuk office goyang kaki, lunch awal balik pun awal etc tapi gaji masyuk pun cukup bulan bayar hutang...
minta ampun atas kelancangan ini ya.. setelah mencecah umur 20an, baru aku sedar apa perbezaan dan kenapa penting aka untungnya jadi gov servant.. main point senang nak dapat loan? I don't know kalau you all perasan ke tak tapi setiap kali nak beli kereta, rumah atau apply personal loan, mesti bank officer akan tanya kerja apa, gov servant or swasta..
rupanya gov servant lagi senang nak buat tiga perkara tu.. kenapa aku pun tak tahu.. maybe sebab dari segi commitment bank pandang tinggi sikit dengan gov servant.. anyway.. terskema and tersasul pula..
tadi masa tunggu minah di mydin, sempat lagi mama datang jumpa, nasib baik envelope yang aku bagi semalam mama tak tulis apa lagi.. minah lah ni.. pagi-pagi dia dah wechat nak envelope.. bukan nak bagitahu semalam.. tunggu punya tunggu.. sampai pun dia lalu aku hulurkan envelope yang dia nak tu.. sekali dia cakap "ai besarnya.. aku minta A4" =.=
dah siap-siap segala jenis letter, certs etc kitorang gerak satu kereta.. office adun yb ziad tu belakang mydin je.. masa dalam kereta aku dah bagitahu dekat minah apa nak kena cakap etc.. sebab aku nak suruh dia yang buka mulut..
bila masuk dalam office tu ada seorang kakak reception tu, comel.. merah je aku tengok muka dia tapi hurm muka dia serious je.. takkan stress kerja banyak kot.. mengalahkan aku dengan minah yang selalu kena tengok plan..
sekali minah boleh terlanggar pula wall kakak tu, aku dah tergelak dah tapi cepat-cepat cover mulut dengan tangan bila tengok muka kakak tu serious je.. akak tu tak tahu ke bahawasanya senyum itu satu sedekah? hari ni kan jumaat..
bila dah pass cv and certs, dah explain apa yang kitorang nak request bagai.. kakak tu cakap "ok bila surat sokongan dah siap nanti, telefon kat nombor ni ya.."
keluar je dari office adun tu, memang tak boleh nak tahan dah.. terus kitorang gelak kuat-kuat.. haha dahlah dulu tinggal serumah, tidur, makan, pergi class together gether, sekarang hantar cv, cari job pun together gether juga..
kalaulah dapat job kat tempat yang sama.. macam manalah agaknya ya.. haru biru tak nanti?
L-R : syam, milah, kecik, ririey, ina and minah |
p/s : ada satu episode di mana minah tak boleh nak masuk rumah..
korang ingat tak episode apa? aku ingat.. hehe ;-p
korang ingat tak episode apa? aku ingat.. hehe ;-p
xoxo
No comments:
Post a Comment