Assalamualaikum... pejam celik pejam celik dah nak tiga miggu syam jadi wife orang.. baru sekarang jugalah aku nak update dalam blog.. lately ni rasa macam malas je nak update blog tapi bila bab yang related dengan mu favorite, laju je nak update hehe
hari tu masa 30 august syam dah sah menjadi isteri wa.. boy yang dia kenal dari kitorang dekat poly lagi.. kitorang datang tiga kereta dari lain-lain tempat.. faham-faham je lah, malam tu kan orang semua sibuk nak countdown untuk hari merdeka.. traffic teruk macam mana tak payah cakaplah.. memang buat sakit hati je.. bak kata minah setiap kereta ada ceritanya masing-masing..
cerita kitorang start dari ipoh, bila plan dah cukup ok nak gerak dari sini dalam pukul 9 tapi terbantut ke pukul 11 sebab aku terpaksa buat lampu kereta dulu.. 3-4 kali tukar asyik terbakar je lampu besar, aku pun tak tahu kenapa.. =.= before tu kitorang sempat lagi masuk giant, kononnya nak beli air mineral je entah macam mana, macam-macam pula kitorang beli.. dari chocolate sampai ke perfume and lotion.. *inilah namanya perempuan* ;-p
bila dah masuk highway je, singgap dekat tapah jap sebab nak beli buah limau bali untuk ina.. hehe teruk ina kena main dengan kitorang bila aku cakap limau bali tertinggal dekat r&r tapah hahaha milah dah tunggu dekat sunway pyramid.. jalan nak ke sana mula-mula ok je.. sekali bila dah masuk subang, slow slow slow kereta jalan.. macam kura-kura.. rasanya kalau letak kura-kura kat sebelah, kura-kura tu boleh menang kot..
bibimbab mixed rice |
masa ni kitorang lunch dekat the street korea cafe.. which floor, aku pun tak ingat tapi serious masa order tu aku punyalah careful tak nak terorder yang pedas, sekali sampai ambil kau.. bibimbab mixed rice pedas giler ok! masa sampai tu bukan main sedap je tengok.. bila makan, dahlah panas sebab dia masak dalam pot tu juga, dengan pedasnya.. dah macam berasap telinga aku.. nak telan lagilah.. minum 100 plus pula tu.. betul-betul menguji tekanan mental.. lepas ni kalau ada hati nak kahwin dengan oppa korea, belajar cara makan pedas-pedas dulu..
masa lalu nak pergi atm maybank, ternampak shop ni.. bila masuk je.. memang terasa macam dekat dunia minions.. #ohsem giler |
lepas dah solat, makan, milah nak pergi atm dulu.. sambil-sambil lalu tu, kitorang nampak satu shop ni.. penuh dengan minions.. minah kan macam mak.. so dia pun cakaplah nak masuk tak.. kita tengok-tengok.. lepas tu dia suruh aku pula yang beli.. aku pun kalau boleh nak free je.. hahaha rasa macam nak terjah peluk-peluk and then tangkap gambar.. tapi disebabkan aku ni sedar diri, bukannya budak sekolah lagi yang tak ada rasa segan-segan tangkap gambar buat duck face sambil peluk-peluk minons tu..
so dalam pukul 4 macam tu baru kitorang gerak dari sunway pyramid.. dahlah hujan, lepas tu tersilap jalan lagi, dah jadi pusing-pusing kl.. sekali lagi aku nak cakap minah kan macam mak.. dia pun cakap kita kan nak jalan-jalan, jalan-jalan kl lah ni.. lepas masuk highway, kecik nak pergi toilet.. aku tak ingat stop dekat plus mana tapi yang aku terkejut tu, masa aku tunggu kecik kat toilet.. ada seorang amoi ni.. dahlah pakai short and baju color putih.. dia pun putih melepak.. rambut panjang je tak apa, ni menggerbang lagi.. aku terkejut..
masa dah sampai rembau pun, traffic pun oh best giler! nak cari kg syam sampai terlepas simpang.. sudahnya syam suruh kitoang tunggu dekat sk bongek.. hehe kelakarkan.. nama tempat kat sana semua kelakar.. tenang jiwa bila sebut nama tempat.. bebas nak sebut bongek kat sesiapa pun..
siapa sangka depan sk bongek tu berjirankan masjid di depan dan kubur di sebelah.. tak boleh tahan dari gelak-gelak.. nak ingka sangat pun tak boleh sebab time tu dah maghrib.. amboi syam siap perli aku lagi.. tahulah aku pendek ingat kaki aku tak boleh sampai ke nak tekan, minyak, klac, brek semua.. >.<
ingatkan nak mandi kat rumah syam tapi tengok semua busy..syam pun petang tu baru buat majlis tunang.. so ada seorang kakak tu dengan member dia, kitorang gerak sekali pergi homestay.. lepas dah mandi baru pergi balik rumah syam.. masa kitorang sampai, syam dengan wa baru je lepas nikah.. time ni jugalah milah tercampakkan handphone aku.. tak apa.. aku tak marah.. handphone aku tu strong hehe
disebabkan lapar sangat, lepas tengok syam dengan wa sarung cincin kat pelamin, terus serbu nak makan.. buruk betul laku kitorang ya syam tapi tak apa kau dah faham kitorang kan hehe ina dengan harry sampai pukul 10 lebih.. zahid, asma, farhana and yana dekat pukul 1 kot baru sampai.. kelakar betul bila harry bagitahu nampak bongek masuk simpang, asma pula hah hah hah.. terperasan harry cakap dia bongek kot hahaha tak pasal-pasal je kitorang dapat title geng pekak..
antara hantaran.. duit mas kahwin minah yang pegang.. letak dalam handbag hehe |
yang sebelah kiri tu pic syam lepas nikah.. yang sebelah kanan tu, pic syam tengah mekap untuk persalinan.. make up artist rozita che wan tu dia ambil.. haa melentik panjang bulu mata syam macam che ta.. syam pun tiba-tiba jadi tinggi hari tu ;-p
dua jiwa bersatu menjadi satu |
dayang-dayang di sebelah macam-macam color ada |
ini first time aku baling-baling "benda" ni |
p/s : syam.. cepat-cepat sikit tunaikan permintaan ina nak laga-laga perut.. nanti tak pasal-pasal, meleleh air liur anak dia nanti.. macam mana aku nak dukung macam tu..?
lepas balik dar kenduri syam, kitorang pergi aeon seremban.. makan-makan lagi.. hehe aku dengan minah makan japanese apa entah nama dia, aku ambil udang minah ambil sotong.. lepas tu makan nasi pula.. sampai di sini je kitorang, lepas tu bawa haluan masing-masing but siapa sangka aku jumpa zahid kat highway.. orang main tin tin dia main tunjuk fuck..
next stop.. rumah nenek milah.. asalnya cuma nak tumpang mandi dan solat.. tengok-tengok nenek milah ajak makan-makan.. dapat pun jumpa ayu.. selama 2 hari tu dengar milah sebut-sebut nama je.. sempoi giler.. eloklah.. minah ayu junior, yang itu ayu senior.. terima kasih nenek milah sebab ajak makan :-)
masa nak balik ni, disebabkan minah kan macam mak.. dia tanya tahu tak baca doa naik kereta.. bila aku dengan kecik cakap tak tahu, minah yang bacakan.. kitorang angkat tangan dan aminkan je.. ;-p balik singgah r&r sekali je, tapah lagi.. sebab nak beli buah jambu dengan ke toilet.. bila masuk kereta nak start enjin tak boleh.. tengok-tengok kunci tak ada.. rupanya tergantung kat pintu.. hahaha
yang ni cerita masa breakfast before pergi, aku janji dengan minah nak jumpa kat sajian gjee.. tengok-tengok tutup pula.. macam mana ku boleh lupa hari jumaat diorang memang tak buka.. sambil aku isi angin tayar sambil call mi cakap jumpa kt mydian je.. kt mydian lagilah.. aku dah siap beli nasi lemak dengan kecik, time nak beli air akak tu boleh cakap air tak siap lagi.. pukul 10 baru buka.. dengan selamba je aku cakap habis tu kitorang nak minum apa.. sudahnya beli dekat mamak..
yang ni cerita masa breakfast before pergi, aku janji dengan minah nak jumpa kat sajian gjee.. tengok-tengok tutup pula.. macam mana ku boleh lupa hari jumaat diorang memang tak buka.. sambil aku isi angin tayar sambil call mi cakap jumpa kt mydian je.. kt mydian lagilah.. aku dah siap beli nasi lemak dengan kecik, time nak beli air akak tu boleh cakap air tak siap lagi.. pukul 10 baru buka.. dengan selamba je aku cakap habis tu kitorang nak minum apa.. sudahnya beli dekat mamak..
sekali lagi disebabkan minah kan macam mak.. bila dia call cakap dah sampai, aku kenalh sambutkan hehe dia siap bawa cekodok lagi.. nyam nyam.. elok je dia dah simpan beg, dah salam akak dia, dah beli nasi lemak sama macam kitorang, baru aku tergerak nak cakap nasi lemak tu tak sedap.. hahaha kalau masa ina kahwin hari tu, kitorang main tolak-tolak kereta, time syam kahwin pula, masa yang aku cakap tadi traffic dekat subang, tepi tembok tu siap penuh nama "repair amy ++++++++++, lan pancit ++++++++++ etc" agaknya ni cara diorang buat marketing.. time traffic kan kereta selalu buat hal, kalau yang manual.. maybe klac habis.. kalau yang auto, enjin mati susah nak hidup..
alhamdulillah kitorang selama sampai.. ngam ngam sampai tengah malam.. and zahid, thanks sebab tolong buatkan cake tu.. sedap giler tapi sedih sebab darwisy dengan aku dapat makan satu slice je.. :-(
p/s : yang kelakar bila dapat kad kahwin syam.. mama cakap kad cantik tapi kenapa kahwin dua.. dalam telefon pula tu mama cakap.. aku pun terkejut.. so aku pun tanyalah siapa lagi seorang.. dalam hati takkan wa kahwin dua kot.. lepas tu mama cakap tulis macam husna.. aku cakaplah itu nasuha.. nama laki dia nasuha hahaha [Harry weds Azlina & preview wedding lak lak]
xoxo
No comments:
Post a Comment