sobat punya pasal: preview kawen ina

Assalamualaikum...


Di atas permintaan kawan tersayang.. aku ada ceritera sikit time ina kawen hari tu.. atually post ina kahwin dah buat dulu tapi tak cukup details punya pasal, ada seorang minah ni tanya aku kenapa tak citer pasal benda ni semua kt twitter tadi..  


Dipanjangkan cerita malam before kitorang nak pergi tu, tak sudah-sudah dengan planning macam mana nak pergi.. segala jenis kemajuan technology terpaksa diabaikan.. no more whatsapp or voice mail via wechat.. segala urusan kena cepat.. sampai credit pun habis.. malu iolls.. patut dah kerja sekarang ni dah mampu pakai line sob sob


Aku kalau orang lambat, aku tambah lagi 5 minit je.. lambat tinggal.. ini train nak chaw pukul 9.. 8.40am aku kat rumah mak su aku lagi.. sabar je lah minah & kecik.. nak tinggal aku pun tak boleh sebab tiket dekat aku yang pegang.. nak marah pun tak boleh hahahaha


Dari mula plan sebenar nak check in hotel.. mandi & siap-siap bagi wangi sikit lepas terlentok tertidur buang masa sekejap di kl central.. sudahnya lepas makan tengah hari naik ktim pergi stesen dato mana entah.. aku pun dah lupa.. tunggulah sekejap cik siah datang ambil dengan cik milah aka the blue rain hehehe


Penat aku nak kesinambungan lepas ni apa... hurm jap bagi aku fikir dulu.. tik tok tik tok tik tok haaa lepas je siah ambil kitorang, terus pergi ke masjib tempat ina & harry diijabkabulkan.. berpusing-pusing mencari masjid tu tapi yang peliknya.. ada 4 smartphone dalam kereta tu tapi tak seorang pun guna untuk open map.. kenapa ya?? 



Aku & siah time tu cuti-cuti remaja so sempatlah kitorang bergosip kejap pasal life, kerja dll.. pasal collagen pun ada.. betapa kitorang tak percayanya dengan collagen yang banyak di share kt FB ni.. jahat kan.. sikit pun kitorang tak terlintas nak bagi support dengan usahawan online ni... *maaf ya*


Lepas kecik, mi & milah dah selesai solat, minah laju je nak tempat dia kat passenger depan balik.. dia tunggu kt pintu suruh aku keluar.. apa ke jahat sangat ko ni mi???!! lepas tu za8 and the gang plak datang bawa amal, caca & asma.. dah macam kera semuanya.. lama tak jumpa punya pasal sampai nak cakap pun laju sangat sampai terbelit-belit lidah..


So kami yang selaku penumpang ni.. ikut je driver bawa kitorang pergi rumah ina plak.. milah mentang-mentanglah dia pernah datang.. tahu rumah ina kat mana.. laju je dia jalan.. tak tahu kawan dia punya main ramai.. jumpa mak ina, salam, masuk jumpa ina yang mata tak buka-buka sebab tengah make up.. duduk depan tv, main-main dengan hantaran.. za8 snap pic bodo kitorang.. kitorang suka okay pic bodo tu.. terserlah kebengongan selama ini wakakakaka


Entah siapa yang cakap eloklah ada anak dara ramai kt sini.. boleh tolong bawa hantaran turun.. nak bawa hantaran ke dewan pun kitorang berebut-rebut.. haish childish sangat kan ;-p elok je angin bertiup-tiup dah macam dalam citer hindustan aku tengok.. hantaran yang kecik pegang sampai terbang-terbang bunga tu.. jatuh aku plak kena kutip.. tak apa ina aku faham.. ko mesti letih kan tu pasal gam dekat bunga tak berapa nak kuat sangat kan.. hehehe ;-p


saja je letak pic acik kpop pop ni.. we all suka sangat pelamin ni.. cantik the bomb babe!!


Bila nak gerak ke masjid plak.. tetiba kitorang ketawa.. kenapa? sebab situation time tu funny.. nak citer pun aku tak reti tapi yang pasti dahlah aku pakai maxi, nasib baik pakai wedges.. kalau heels tak tahulah macam mana nak tolak kereta.. inilah rupanya life style orang kay el.. parking tak letak handbrake... aku selalu terfikir sampai sekarang.. kalau tuan punya kereta tak jumpa kereta dia langsung or sampai ke mana orang tolak kereta dia, macam manalah agaknya tu ya...


Ni citer kat masjid plak.. aku ingat lagi ina panggil mak dia "mak sinilah mak" owh tangkap gambar rupanya hahaha lepas dah ijabkabul segala.. siah ni tiba-tiba buat drama.. dia nangis.. nagis kegembiraan.. dia cakap macam tak percaya je lepas ni turn dia plak.. :-)


tengah membuyut sekarang ni hehehe lepas ni siah plak.. boleh laga-laga perut macam 
yang kau wish tu


Kitorang balik dewan isi perut whilst ina & her hubby photoshoot dulu.. asal benda yang memalukan mesti aku yang kena tanya.. tensi tau!! za8 ada bawa cake untuk ina lepas tu dia nak bagitahu mak cik tu suruh potong dia segan, aku plak yang kena tanya sekali mak ina cakap "tunggu ina balik dulu baru potong" 


Hari hujan... tapi time kitorang nak balik dah tak hujann & tertinggal payung siah kat situ.. esok lalu payung tu dah tak ada dah.. halalkan jelah ya siah.. jauh lagi perjalan aku, mi & kecik.. belum boleh lagi check in hotel.. mula sekali pergi rumah saih, ambik baju dia.. mak dia jamu kitorang air tapi kitorang tak basuh pun.. before balik ipoh, sempat aku cakap kt siah bagitahu mak dia sorry sebab minum tak basuh.. dah jadi habit sebenarnya.. bila pergi rumah yang orang kita close lepas tu minum makan basuh..


Ini kira sencond time kecik datang rumah siah & for the rest of us, it's our first time.. exercise juga naik tangga.. patutlah siah tak gemuk gemuk.. keding juga dia dari dulu-dulu.. lepas siah dah siap kain baju dia, pergi ambil wa plak.. tetiba black out korang tau.. time tu kitorang tunggu wa kat luar sebab dia nak solat dulu.. tak jadi aku dengan minah nak pergi kedai yang kitorang first tengok.. nak beli selipar sebenarnya.. kaki dah sakit sangat..


Time makan pun issue juga.. dahlah dengan order lambat.. tak betul plak tu.. dengan za8 yang follow dari belakang pun entah tertinggal kat ceruk mana dianya.. sampai je hotel tak terkata dah.. dapat baring je.. pergh nikmat betul babe!! badan dah sesengal sengal tahap maxi kot.. 


Selalu ina yang bangun paling awal & kejut kitorang bagun but this time aku plak.. kejut diorang solat subuh.. bangun pun lambat sampai tak breakfast la.. za8 and the gang sempat beli kuih kt mana-mana.. siah pun satu.. dah tahu kitorang siap lambat.. bangun tidur terus call wa.. kitorang belum siap, wa terpacak tunggu kt kereta..


tak tahulah siapa yang dapat simpan pic ni but one thing for sure, kitorang yang conquer dulu
sebab paling awal sampai hehe


Masa mula kitorang datang, mak ina ingatkan yang kitorang ni gang boria yang ina tempah tanpa pengetahuan diorang.. (skema plak ayat aku) ada satu citer yang tak boleh citer dalam ni.. huhu tapi yang ni boleh citer.. kesian siah, dia nak ambil marshmallow tengok-tengok dah habis.. sorry to abang kakak ina sebab terpkasa tunggu lama nak guna photobooth ni.. evil sangat kami ya..


aku dah bagitahu lepas ni aku tak geli-geli kau lagi dahkan.. dah ada orang baru hehe



Time ni dapat jumpa dengan yana, kawan yana, mam & his girlfiend.. tapi aku tak ingat lepas balik hotel kitorang wt apa.. siah tak tidur hotell dia balik..aku rasa tidur kot sebab petang tu aku tanya kat mi pukul berapa nak pergi makan...


Haaa time nilah masa pergi bilik amal, za8 & caca, ada selayut semua.. terasa macam kat rumah sewa plak.. katil pun combine jadi dua.. berguna juga belajar design dulu haha satu je tak best pemandangan tak cantik, buka langsir nampak construction kat sebelah.. yang funny bilik kitorang besar, bilik diorang kecil, toilet kitorang tak besar tak kecil, toilet diorang luas.. booking sekali tapi bilik jauh sampai tiga tingkat.. haaa macam mana tu?? Explain sikit Mr Tony Fernandes :-)


So malam tu, naik ke sogo & pergi food court tapi semua dah nak tutup.. aku dengan amal & za8 tak makan.. kitorang nak pergi mcd.. haa time nilah kecil terpijak selipar aku.. nyaris aku tak tersembam cium jalan depan lampu kereta.. 


Betapa kelam kabutnya kitorang kan... Click here.


Balik bilik je tengok caca tengah tidur.. kesian dia letih.. aku tanya mi kenapa tak tengok tv dia cakap tv tak boleh buka maybe sebab dah cukup jam.. so aku pun guna petua amal.. cabut plak tv, buka wayar and pasang dekat plug lain tapi nasib baik tak jadi black out macam kt bilik amal.. haha entah apa gosip time tu aku cuma ingat za8 cakap kalau kat bilik kitorang tak dapat duduk macam ni.. ada satu citer petang tu aku tengok citer korea Love Rain hehe yang si minah plak nak tnegok Stardust tapi time tu kat kedai makan, the night after ina nikah.. takkan nak stay situ sampai movie tu habis kan...


Tak sangka aku bila jauh dengan parents boleh plak bangun sendiri.. kalau kt rumah bunyi jam keluar apa lagu pun tak bangun juga aku.. lantak berapa kali tukar alarm tones pun.. time tu aku pakai alarm tone no more heroes.. pening siah dengar malam dia tidur hotel.. aku ni nak charge handphone pun aku set alarm juga tau.. cukup 2 jam setengah, battery dah full aku tutup..


Pagi tu breakfast kat mamak.. siap bawa beg segala pergi bilik za8.. diorg pun tak bangun lagi.. diorang percaya bila aku cakap kitorang kena kick out sebab kantoi curi-curi pasang tv.. za8 pun yeke wei.. macam mana.. habis tu.. baru aku perasan ada extension sekali kat lantai.. amal cuti lama gilos kot 5 hari..


Ini je kot story mory aku selama ina kawen tu.. siah pun satu hal.. tanya nak hantar kitorang kl central yang mana satu.. lepas tu wa cakap yang lagi satu untuk ke airport.. adoiyai siah oh siah.. pergi balik aku duduk sesorang.. ngada betul minah ni .. >.< [Harry weds Azlina]


Last but not least...


cantik tak kami? hehe


xoxo