Shell Out Best Di Area Sunway

Ok I know.. Selalu orang letak gambar food porn yang cantik-cantik tapi aku pulak letak sisa makanan

Ini bukan paid review but aku cuma nak share tempat favorite aku untuk makan shell out, yes I know shell out ni cerita dah lapuk tapi kisah pulak aku kan haha dari gambar tu pun dah boleh tahu memang sedap ar shell out diorg. Seafood habis! Siapa yang giler seafood tu makan sambil menjilat jarilah korang hehehe


First time aku datang sini masa buka puasa dengan mama. Mother & daughter outing day lah katakan. Harga dia pun taklah mahal murah je. Pernahlah sekali aku makan shell out kt area Amanjaya tapi hurm bukan selera tekak aku. Sedap tu sedap tapi aku lagi suka yang kt sini.


Order 2 set shell out tapi dia campurkan sekali

Harga untuk 1 set termasuk dua nasi dan air, RM 35.00 dan kalau yang untuk extra tambah ayam, RM 40.00. Lupa pulak nak snap menu tapi tak silap ada tambahan lain lagi selain dari ayam dan harga cuma RM 120.00.


Kedai ni terletak di area Bandar Sunway, betul-betul berdepan dengan Lost World of Tambun & McDonald. Pergi sekali rasa nak repeat lagi. Actually rasa macam tak puas makan masa pergi 2 hari lepas. XD


Ooopps lupa nak bagitahu. Nama kedai ni KOBOY D'RIMBA CAFE. ;) untuk senangkan korang nak datang ke sini, ni alamat NO.16, JALAN SCI 1/10, SUNWAY CITY, 31150 IPOH, PERAK and boleh booking dulu tapi ambush terus pun boleh jugak. Tapi kalau time bulan puasa tu, memang kena booking seat dululah kan. So ni contact no 017-5525265.


xoxo