Kaabil

KAABIL - a movie about a blind couple. Sedih tau cerita ni. Hrithik Roshan memainkan watak sebagai (Rohan) dan Yami Gautam sebagai isteri Rohan, Su. Diorang ni kenal melalui kawan, macam blind date & matchmaking macam tulah. Pada mulanya Su tak nak kahwin dengan Rohan sebab dia lebih selesa hidup berdikari, tak nak menyusahkan orang lain.


Rohan ni pulak pandai ambil hati, dia cakap takpelah tak nak kahwin. Dia tak nak paksa Su and dia pun tak ready lagi nak kahwin. So dia blame kan kawan dia yang suruh dia datang blind date tapi sebenarnya dia memang nak kahwin pun hahaha so he said takpe, kita date dulu.. Lepas tu baru Su decide nak kahwin ke tak.


So mulalah scene ngorat-mengorat semua ni until one day, diorg terpisah di shopping mall sebab ada crowded nak kejar artis datang. Masa tu baru Su sedar yang dia memang perlukan Rohan dalam hidup dia. Romantic tau scene yang ini. Rohan pergi kt tengah stage tu, mitak microphone buat announcement bagitahu Su dia ada kt mana. 


Lepas tu diorg pun kahwinlah tapi Rohan ni ada jiran yang memang jenis kutu rayau. Salah seorang dari kutu rayau tu adik VIP. Ada sekali waktu malam masa diorg balik dari dinner, dua orang kutu rayau ni kacau diorg.


So esok tu, Rohan pergi kerja macam biasa. Su pergi rumah jiran nak tumpang letak barang dalam peti sejuk. Bila dia balik je rumah. Dua orang kutu rayau tu dah ada dalam rumah mereka. And Su was raped by these two men.


Yang sedih tu, masa diorg pergi buat report polis, kena tipu dengan polis. Yelah one of the rapist tu adik VIP, so polis tutup mata dengan kes ni. Cakap kt diorg kena buat check up di hospital dulu etc. So masa diorg dalam perjalanan ke hospital, diorg kena culik dan dikurung di suatu tempat for 24 hours. Lepas cukup 24 hours tu, diorg kena campak kt tepi laut, dah tentulah bukti tu semua hilangkan. 


Pihak hospital pun tak boleh nak buat apa. Even polis pun tak nak terima kes diorg lagi. Cakap yang diorg ni menipu sebab nak duit bagai. Su ni baik sangat. Dia cakap dia terima (redha) dengan nasib dia macam tu tapi Rohan ni macam tak boleh terima. Esoknya pulak, Rohan balik kerja, Su dah bunuh diri. Dia salah faham Su bunuh diri sebab dia tapi sebenarnya Su was raped for the second time. Bila Rohan dapat tahu, dia terus pergi balai tapi bukan nak buat report tapi nak beri amaran pada pihak polis. 


Imagine seorang lelaki yang buta, balas dendam pada orang yang buat wife dia jadi macam tu. Inilah first new Hindustan movie yang aku layan tahun ni. Aku pun dah lama tak layan Hindustan ni. Hrithik Roshan pun nampak dah tuanya hehehe handsome lagi Shah Rukh Khan yang dah 50s tu. Penat jugaklah nak tengok menghadap movie Hindustan dekat 3 jam tapi berbaloi. Takde rasa macam buang masa pun. So pergilah tengok korang. Lagu pun best jugak tau ;)


xoxo