K-Drama: Misty - RIRIEY ZARIES

April 19, 2018

K-Drama: Misty

rasanyakan sekarang ni aku dah kurang tengok k-drama.. last aku tengok drama kim bok joo tu and strong woman do bong soon, fight my way pun tu tersekat kt ep3 lagi hahaha btw ada satu drama best ni aku nak share. baru je habis marathon last week.


MISTY. drama ni taklah heavy macam master of noodle tu tapi ada la sikit macam drama yoo seung ho, remember tapi memang 10 bintang aku bagi kt drama ni. dia buat kau rasa macam apa jadi lepas ni, tak sabar nak tunggu next ep bagai. actually time tu aku tak tahu nak tengok drama apa so aku pun ambik la quiz kt soompi, hahaha dapat pulak drama ni


ok so drama ni about a married couple go hye ran and kang tae wook. marriage diorg ni memang dah ada masalah ever since hye ran gugurkan anak diorg 7 tahun dulu. time ni career hye ran tengah critical sebab ada junior nak ambil position dia as anchorwoman. so dia pun dapat kan interview dengan golfer terkenal ni, kevin lee.


rupanya kevin lee ni is lee jae young, ex-boyfriend hye ran sebelum dia kawen dengan tae wook. masa diorg couple tu kevin lee memang tengah zero masa tu. apa pun takde. so boleh katakan yang hye ran ni tinggalkan dia sebab itulah. masa tae wook ajak hye ran kawen, dia tahu hye ran memang dah ada boyfriend tapi dia suruh tinggalkan ikut dia.


so masa diorg berjumpa balik ni, teringatlah balik kisah lama. kevin lee tu pulak dah kawen dengan best friend hye ran, seo eun joo and still ganggu hye ran tapi hye ran pulak sebab nak selamatkan position dia, dia pun layankan je sampai this one day hye ran cakap pada kevin lee, please let me remind us as my past love. hye ran dah tak nak apa-apa dengan dia tapi masa tu pulak, tae wook follow hye ran, and dia misunderstood everything.. tapi tae wook ni pulak baik sangat-sangat..


and tomorrow everything goes on macam biasa but when hye ran is getting ready to read the news, dia dapat breaking report.. kevin lee is dead! and hye ran jadi suspect. walaupun hye ran jadi suspect, tae wook tak tinggalkan pun dia, still support and jadi lawyer pada wife dia.


and masa ni jugalah ex-boyfriend hye ran masa high school, myung woo ni muncul and kerja dengan tae wook. time ni semua orang tengah cari memory card from black box kereta hye ran tapi tak jumpa. rupanya ada dengan eun joo.


apa yang ada dalam memory card tu? kenapa boleh ada dengan eun joo? dan kenapa tae wook padamkan proof dalam memory card tu, sedangkan boleh jadi bukti hye ran tak bersalah? dan macam mana hubungan hye ran dan tae wook lepas tu lepas semua salah faham yang hye ran dan kevin lee ada affair? dan yang paling penting siapa yang bunuh kevin lee?


ok.. ni semua kena tengok sendirilah.. macam biasa aku takkan cerita sampai habis ;)


xoxo