tak jadi nak pergi kl so...

hari tu, aku tak ingatlah bila. plan dengan minah nak pergi kl tapi tak jadi, pun aku tak ingat kenapa jugak. hahaha tapi sebab aku rasanya kitorg tak jadi pergi ni. minah "zaries punya pasal la ni" angin pulak mak cik tu lol


sudahnya pergi aeon klebang je dengan minah dan kak ai. last minute plan ke apa aku pun tak tahu tapi last last kitorg kt sini. hari yang patut pergi kl tu. tapi kalau pergi pun tak cukup korum jugak. milah muna dengan kecik tak dapat join. nasib la kecik pun takde tetiba cakap "weh aku dah sampai kl". mentang-mentang member tu ada kt rawang kan haha kalau betul la kecik tetiba cakap dia dah sampai kl, haru giler kot aku dengan minah tak jadi pergi hahaha rasa nak gelak guling-guling


so makan kt boat noodle. dulu keda pernah cakap nak makan kt sini tapi takde rezeki mak cik tu nak ikut haha ni pun order tak complete lagi. nampak tu bekas (roti ke pau aku tak ingat) kt sebelah tu, aku siap bagitau diorg nanti order lain sampai, pau ni pun dah habis..


sedih tengok kak ai, dia order air kelapa.. ingatkan air kelapa dalam bekas cecantik la, dah siap kupas isi kt dalam tu sekali datang amik kau sebijik dia bagi haha aku pun "kala sebijik macam ni, kt bawah dalam market tu pun boleh beli"


part ni lagi sedih. aku order ayam tu lama dekat sejam baru dapat. boleh dia bagi kt orang table lain dulu, takpe la maybe dia tak perasan kitorg tengah duk menunggu kot.. lepas tu bila tanya dah siap ke tak, kalau tak mula buat lagi nak cancel, lepas tu dia cakap tengah buat nanti 5 minit lagi siap la. lepas tu tanya lagi, nak bungkus ke?


dah terang-terang aku datang nak makan lepas tu jejalan, rasanya nak ke aku jejalan bawak beg bungkus ayam? dah tu, dia punya 5 minit tu macam satu jam. dari pukul 1 lebih, dekat pukul 3 baru aku dapat ayam.. nasib baik la sedap and aku pun memang suka ayam..


dah tu je nak cakap. gambar pun aku malas nak letak filter. lantak pi ar.. lagi satu korang ni dah alang-alang singgah baca tu, comment la sikit... best ke tidak. ok la have a good friday and siapa yang ambik cuti package sampai labour day tu, i am jealous ok!


xoxo