kawan susah senang korek duit syiling

ya kamilah Archi Rangers yang menjaga keamanan dunia Archi ;-)


Tetiba je eh.. hehe sebenarnya lagi lima hari je lagi we all akan gather balik di Rembau since our last gathering in april.. masa tu wedding ina.. see berguna juga wedding ni kan.. secara tak langsung akan jadi majlis reunion hehehe


Kalau selalu reunion nak booking ticket, hotel bagai.. reunion yang ni dapat makan free lagi tau..sedap-sedap lagi.. ya kami budak archi sangat suka makan.. salah satu cara untuk hilang stress masa study dulu.. stay up late sampai subuh.. dua tiga hari tidur kurang lima jam.. sometimes tak tidur langsung pun ada.. segalanya demi memberi design or model presentation yang perfect to lecturers..


hasil kerja milah masa sem 1.. lepas lunch member lain masuk kelas semua WOW!!




kamilah archi ranger yang di atas hehe betapa naive nya wajah kami dulu *blerk*


Bila citer pasal study ni kan.. rasa macam tak percaya je seorang-seorang member nak kawen.. mula-mula zuli, lepas tu din, ina, kama lepas ni syam aka siah.. taj tahulah macam mana nama siah tu boleh melekat kat dia.. time sem dua, kitorang belum lagi rasa susah teramat sangat bila duit banyak habis ke project and working drawing.. tapi ada satu hal yang aku takkan lupa.. masa ni sem 2


Aku gaduh dengan ina.. benda simple je and maybe salah aku juga.. entahlah tapi lawak sangat.. sampai seminggu kitorang tak cakap.. time tu kat cc tengah buat research pasal kemudahan bangunan kot.. aku dah siap assignment tinggal & kitorang memang suka lepak cc fantasy.. cuma the only problem kat situ tak ada kemudahan untuk microsoft.. aku beria ajak diorg ke situ, ina pula tak dapat nak buat assignment, dia merajuk sampai lari ke rumah member dia.. 


Serious kelakar sangat time tu.. nasib baik time tu ada krishna.. kitorang ajak dia naik kereta cari ina.. dahlah malam tu hujan lagi.. dah macam dalam telefilem je.. time tu memang semua muka ketat la sekarang ni kalau teringat je nak tergelak.. bila masa berbaik tu.. siap menangis sampai berpeluk bagai.. tapi time nak baik tu process tu boleh tahan jugalah.. bergaduh lagi tu.. terus aku blah dengan mi, kecik & milah pergi pasar malam.. bila balik je.. tak tahu macam mana aku dengan ina nangis-nangis & peluk-peluk.. malu plak aku nak citer hehehe ^.^


kitorang banyak akal tau bila nak sambut b'day


Sem 3 tak ada citer sebab practical.. masuk sem 4, sepuluh orang duduk satu rumah sekali dengan za8, amal, zuli & asma hehe ramai gilos kan dan kemeriahannya juga sangatlah terserlah.. masa nilah paling banyak pakai duit sekali.. semua habis untuk design.. tak ada lagi nak makan luar selalu bila duit tinggal sikit.. tak ada lagi nak pinjam selalu.. 


So the conclusion is beras sekampit, telur 10 biji, sardin AAA yang seringgit sembilan posen tu.. french fries goreng bubuh garam.. nasi bubuh kicap.. sedih tau.. tak pernah makan macam tu.. bila balik rumah family je tengok sardin pun rasa nak muntah.. lepas tu yang syam macam ketagih ke suke ke apa aku pun tak tahu.. boleh masa kat tesco dia cakap nak beli sardin sedozen.. ina sampai buat research makan sardin selalu tak elok boleh dapat penyakit so kitorang kurang-kurangkan makan sardin.. tu yang ada french fries tu..


Yang ni lagi sedih.. duit memang dah tak ada sangat.. minah boleh plak dia tak ingat pasal ni.. penat aku dengan ina nak freshkan balik memory dia tu.. masa tu kitorang semua tengah tv.. siang ok.. tak tahu siapa yang mula bersuara dulu.. kitorang keluarkan semua syiling yang ada.. lepas tu, tak ingat siapa pinjam moto za8 and pergi beli popiah goreng kt cendol dekat bus stop pokok besar.. ini memang tak boleh lupa.. miskin sangat.. huuu


Naik scooter bertiga.. semata-mata sebab nak tengok gig meet uncle hussein kt poly.. kelam kabut mandi & packing baju.. (aku,ina & milah nak tidur rumah husna, farhana & caca).. caca datang ambil kitorang naik scooter.. patutnya dia bawa sorang-sorang tapi disebabkan minggu tu ada submission.. lepas tu takut plak kena marah dengan syam & mie sebab pergi tgk muh.. elok ina naik scooter je.. aku terus naik belakang dia.. haha lepas tu tinggal milah plak.. dia pun takut nanti kena sesi soal jawab sudahnya nak tak nak dia kena tunggu dekat situ..


Giler ramai orang kot dekat masjid.. btw rumah diorang dekat dengan masjid.. caca turunkan aku dengan ina kat padang.. ada 2/3 orang mamat kat situ.. malunya korang tahu.. taubat tak nak naik scooter macam tu lagi.. bila caca & milah pun dah sampai.. tengok semua pakai warna hitam semangat nak pergi ni sekali hampeh tak ada pun muh.. =.=


kitorang memang suka color hitam kot.. ini time archi nite sem 4


Bila ada design submission, kitorang suka stay dekat class.. tapau makanan siap-siap duduk buat kerja sampai pagi.. ada sekali tu, diorang semua dengar ada suara orang menangis.. time tu pukul 2-3 pagi kot.. aku seorang je yang tak dengar.. elok la pun.. aku tengah layan twilight kt lappy.. diorang cakap sabar je la dengan aku.. diorang dengar suara tu aku sibuk layan movie.. rupanya (aku tak ingat nama lecturer ni tapi dia bagitahu masa dalam kelas, masa bagitahu venue pasal archi nite tu) tempat tu memang keras.. 


Dekat rumah pun ada benda macam ni.. sem 2, pintu suke bergoncang sendiri.. ada sekali masa aku tinggal beruda dengan ina.. pintu tu macam ada orang buka dari luar.. sekali tu pukul 5am lebih.. aku nak mandi dengar ada orang ketuk pintu.. mula aku nak buka sebab ingat akak housemate tu tapi bila ingat jam baru pukul 5 lebih tak jadi aku nak buka.. padahal aku tu kalau balik dari rumah family dia selalu bila time nak pergi class..


Mase sem 4.. aku, ina, kecik, syam, mie & milah balik dari benteng.. pukul 2am lebih kot time tu.. dia cakap dia nampak "kawan" dia.. aku pun lurus la plak boleh tanya lagi mana.. lepas tu bila milah cakap tak baiklah tegur, baru aku tahu apa.. ada satu malam tu aku study sejarah senibina moden.. time yang sama jugalah.. aku dengar ada orang gelak-gelak kat belakang.. FYI belakang rumah ada pokok besar & gate tak lengkap lagi so orang boleh lalu lalang kt situ tapi kalu fikir secara logic mana ada perempuan nak lalu kt situ malam-malam.. even kitorang yang tuan rumah pun tak ikut situ kalau malam..


And then dulu ada satu kedai nama apa aku pun dah lupa, sekarang kedai tu dah ganti dengan kedai mamak.. kedai tu ada jual novel, murah sangat lima ringgit je.. memang giler la kalau hantu novel macam kitorang tak belikan.. ada satu novel yang aku berebut dengan ina tangisan di pusara cinta.. time tu memang confuse tak tahu nak ambil novel yang mana satu tapi aku ingat ina ambil novel silhouette citer pasal bunuh + detective.. lepas tu nasi lemak seringgit depan depot.. malam-malam keluar pergi print.. orang lain sedap tidur.. kitorang mengalahkan macam orang dah bekerja tengah siapkan document untuk important meeting.. 


Dalam busy study tu kitorang suka tengok tv sesangat.. citer bella, keliwon, nilik no 13, hindustan.. dapat layan citer ni haha serahkan pada kecik & mie


Sem 2 sampai 4.. cara tidur tak pernah berubah.. aku tengah-tengah syam & ina.. kecik, milah, mi.. milah dengan cara dia yang macam orang kaya tidur.. kecik selubung habis.. tengah malam tengok dia aku pun terkejut.. syam dengan bau minyak bam dia tu.. mi dengan ear phone dia.. ina dengan mp3 lepas tu sumbat kt aku satu suh aku layan lagu hindustan.. dah tu kena geli-geli dia sampai tidur plak.. 


Lagi satu kami ada salun toilet.. hahaha apa tu? salunlah.. disebabkan aku dulu study beautician & kerja salun before masuk poly.. kerja mewangikan rambut diorg tu tanggungjawab aku ok.. hehehe gurau je lah.. kitorang selalu syampukan rambut memasing.. see.. our friendship ni macam mana.. inilah kawan susah senang aku.. bukan senang nak cari :-)


Last but not least..

dua orang yang berebutkan tahi special color merah


dari teddy bear sampai ke tahi pun ada.. hebatkan #wink


Lastly...


have a fab weekend all *current mood: excited to see my girls*


p/s : sambil-sambil tulis entry ni & layan hitz.fm tengah play What About Love by Austin Mahone.. aku ni tak layan sangat lagu budak-budak tapi tune song ni catchy & sweet ;-)


xoxo