Pengalaman duduk di rumah sewa - RIRIEY ZARIES

November 21, 2017

Pengalaman duduk di rumah sewa

tadi aku baru je lepas baca fiksyen shasha "gangguan semasa karaoke" favorite satu malaya website horror ni. some are true story and some are not. tapi jahat betul member sorang tu. dah nampak hantu, tunjuk kt member lepas tu boleh pulak dia lari selamatkan diri dia sorang je. and then dah lari masuk bilik siapa entah, dia terus tutup pintu tak bagi member dia masuk. meraunglah member dia tu kt luar mitak nak masuk. ini orang yang macam ni, taubat aku nak jadikan bff.


so teruslah teringat kt member susah senang korek duit syiling aku ni hehehe aku kenal dengan diorg ni masa study kt ppuo. dulu kecohlah dengar ppuo nak tukar taraf jadi uni tapi sampai kitorang grad masih dengan status yang sama and few years later, barulah diorg tukar status.


selama duduk kt rumah sewa, ada dua rumah yang kitorg pernah duduk minus 1 semester in kamsis, and another one semester we were all out doing our internship. yang masa duduk kt rumah sem 2 ni banyak benda-benda yang pelik. bukanlah nampak cik han ke apa tapi housemate aku rajin bebenau hilang sperto dengan sepek mata ribbon. tapi yang pelik, gate tu selalu berkunci siap berantai lagi. kiri kanan rumah pun ada family yang duduk, orang cina. 


kitorg ambil course architecture. memang waktu orang lain tengah syok tidur, kitorg mata bulat terjegil macam nak keluar tahan ngantuk sebab nak buat design and model. kental betul hati time tu. tidur tak cukup buat draft design tunjuk kt lecturer, kena reject and re-do again sampai puas hati.


ada sekali tu. kt rumah cuma ada aku dengan ina. yang lain keluar pergi tapau. time tu tetiba aku terdengar macam pintu rumah bergoncang dari luar tapi time aku dengan ina masing-masing buat tak reti. konon aku tak nak takutkan dia, dia tak nak takutkan aku, cam tulah. lepas tu dia nak pergi toilet, aku pun sekali ikut dia masuk. takut weh. lepas tu baru dia nak cakap yang dia pun ada dengar jugak bunyi tu.


kt rumah tu kitorang duduk sekali dengan akak senior dua orang. rumah tu weekend memang kosong la. petang ahad baru kitorg balik tapi akak dua orang ni suka balik pagi isnin. kitorg ni memang jenis suka bangun awal pukul 5 cam tu sebab toilet satu je. sorang mandi pun macam berkolam je kt dalam tu. selalu ina mandi dulu, lepas tu aku. toilet kt bawah. masa aku nak mandi tu, aku dengar pintu rumah macam kena ketuk so aku nak bukaklah sebab ingatkan akak senior tu balik tapi bila aku tengok balik jam baru pukul 5 lebih kot.


memang tak pernahlah diorg balik awal time subuh macam tu. memang aku buat tak reti terus pergi mandi je. tu jelah kiasah masa kt rumah sem 2. dengan paip kat dapur tu yang selalu tercabut kepala dia. hahaha memang tak boleh lupa yang ini. kitorg tengah nak makan kot, tetiba kepala paip tercabut siapa entah yang buat. lepas tu kalau hujan, air selalu masuk, habis basah dinding lantai. lepas tu kt bangun lambat lagi tak sempat nak mandi.


call puan syam, dia cakap kena datang cepat sebab ada apa entah kt kelas. pergilah aku dengan diorg ke kelas bawak bauk tak mandi. cuma dua orang je yang mandi, aku tak ingatlah siapa. pergi kelas tetiba ada pop kuiz pulak.


lepas tu memasing buat intership. time kt rumah sem 4 ni 10 orang duduk, semua budak kelas, nasib baiklah walaupun toilet ada 3, yang paling functional sekali kt atas sebab besar sikit. kalau dah semua duduk kt atas tu, kt bawah memang sunyi. lepas tu bila pukul 5am, time nilah nak iron tudung ke apa lepas mandi tu. selalu duduk kt tangga nak turn iron lepas kecik hahaha


tak ingatlah pulak kalau kt rumah sewa yang ni ada kes bangun lambat pergi kelas tak mandi tu ada ke tak. benda sembilan tahun lepas memang aku tak boleh nak ingatlah. kt sini bilik aku, kecik dengan minah jadi study room, tempat kitorang nak berlonggok buat drawing, design, model semua ar.. so tidur semua kt bilik ina, syam dengan milah. bilik satu lagi pulak zahid, asma, amal dengan zuli duduk.


rumah ni pun pelik jugak sebab yelah rumah tepi tapi takde pagar tepi, cuma da pagar rumah je hahaha lepas tu kt belakang ada pokok besar, so tiap-tiap harilah kitorg guna jalan ni kalau nak ke benteng (main road belakang rumah je).


cuma adalah sekali tu masa aku tengah nak study atau kemas baranglah, tetiba dengar ada orang gelak kt belakang rumah. bilik kitorg belakang tu ada pokok besar yang aku cakap tu. giler ke apa pukul 2-3 pagi macam tu. memang aku terus cepat-cepat kemas baranglah nak tidur hahaha tapi oranglah kot kan. kan aku dah cakap tadi belakang rumah tu kan main road. lepas tu jirang yang tak berkenaan pun memang suka ikut jalan shortcut kt rumah ktiorg ni.


and lagi satu pernahlah aku, ina, milah dengan caca. rasanya kitorg berempat jelah yang stay kt kelas sampai pukul 6 pagi sebab nak buat design. esok tu dah nak submit. sebab kt kelas ada meja besar yang size kertas mahjong tu, nak senang buat drawing. diorg lah yang cakap, ada terdengar bunyi langsuir.


kt sebelah kelas ada dataran architecture, lepas tu ada pulak pokok besar dengan sungai kecik kt bawah tu. lepas tu si milah ni ceritalah kt en fuad dan en fuad ni pun iyakan jelah memang ada langsuir kt situ. tabah jugak diorg diam tak nak cerita pasal benda ni sebab aku sorang je yang tak dengar. dah balik tu, dah banyak hari baru diorg cerita.


story ni memang tak seram pun sebab aku bukan cerita pasal hantu, tapi how we've been through the days masa duduk kt rumah sewa. kebetulan tengah hujan pulak time aku writing post ni, teringat pulak masa sem 2 nak balik rumah dari kampus a, hujan kuat sekali dengan angin pun kuat. habis payung pun jadi terbalik and patah hahaha tapi gagah jugaklah redah hujan nak balik sebab nak tengok spa q. time tu citer spa q dengan bella memang favorite kitorg, dunia baru, puteri dengan bilik 303..


tak boleh lupa jugaklah masa sem 2 berani gaduh dengan akak senior dua orang tu. punca dia sebab makan selalu tak basuh pinggan hahaha asal ke dapur je tengok sinki ada pinggan tak basuh. walaupun bukan pinggan kitorg pakai, memang tak boleh tengok kt sinki ada pinggan tak basuh. lepas tu ina lari fantasy (cc tempat kitorg selalu lepak). nasib ada krishna. naik kereta dia pergi cari si ina. dahlah hujan time tu. time tu gaduh dengan aku. drama sungguh hahaha


sekarang ni kalau nak jumpa susah bebenau nak cukup quota, even kalau kenduri kawen pun. gambar yang ni time syam kawen tapi still tak cukup quota budak pempuan. terselit pulak si wa tu kt situ. cantik flawless je sekarang ni semua. dah takde nak hadap habuk panas jalan kaki pergi kelas.


xoxo