Berjaya ke.. tercapai ke.. azam aku??

Assalamualakum & good aftie...


Sesuka hati aku je nak tambah ayat dalam kamus dewan aftie.. pada adik-adik sekalian, jangan pernah menggunakan ayat ini di dalam peperiksaan ya.. dah skema plak aku cakap.. =.=


Dulu aku pernah share pasal azam aku tahun ni.. azam 2013 aku nak cakap tak menjadi langsung kang nampak sangat aku tak berusaha.. nak cakap menjadi bukan semua pun menjadi.. nak cakap betul-betul menjadi nanti orang cakap aku sombong kot..


Rasa macam nyesal plak tak main celup-celup kaki dalam sungai ni.. air fresh & sejuk.. tak macam 
sungai yang di chepor coz sungai ni kat dalam kawasan kampung di Grik so agak kurang tercemarlah air..


1. Teddy bank

Ulangkaji sekejap kenapa aku panggil teddy bank and not piggy bank.. knp? sesaja nak tukar nama.. biar nampak lain sikit dari yang lain.. hehe untuk azam yang ini.. alhamdulillah.. nampak gayanya menjadi walaupun aku sebenarnya cuma nak menabung seringgit sehari ke seminggu or even syiling sekalipun aku tak kisah.. bila rasa macam purse penuh dengan syiling.. baru nak simpan.. mama plak tanya ada syiling banyak tak.. kenapa?.. mama nak.. dah rezeki mama so bagi jelah kat mama.. hehe 


Sebenarnya masa bulan may atau june hari tu, aku pergi tesco extra dengan mama.. pergi kiosk RHB Easy Payment tu sebab nak print statement kwsp je.. lepas tu ada sorang akak ni tanya and she's directly explain pasal ASB.. aku pun dengar je and then mama terus nasihatkan buat je untuk masa depan aku katanya.. kalau anak-anak nak sambung study atau nak renovate rumah ke etc.. 


Yang aku plak rambang nak buat sebab bila akak tu cakap boleh keluarkan duit dividen setahun sekali.. mata aku terus terbayang $ $ duit okay.. siapa yang tak nak kan....? yang bestnya sebab ASB diorang ni lengkap sekali dengan insurance.. dah tak payah fikir nak beli insurance lagi.. all in one.. senang.. buat payment sekali once in a month automatic insurance pun cover sekali :-)


2. Guarantee my future

Yang ni nampak gayanya macam tak berapa nak menjadi.. tak apalah mungkin rezeki aku dalam bidang ni belum ada lagi and sekarang bukan masa yang sesuai untuk aku kot..


3. Tak nak lagi bercinta dengan Mr. M di alam mimpi

Aku macam segan plak nak cakap pasal yang ini hahaha senang cakap macam ni je la.. aku ni memang fanatic giler dengan Mark Westlife.. time sekolah dulu, bukan main lagi aku.. siap ada hati nak kahwin dengan dia lagi.. siap tanya kawan aku.. kalau aku dah kahwin nanti, suddenly baru dapat jumpa Mark face to face and Mark dengan aku pun bercintalah kononnya.. sabar je la kawan aku yang melayan kerenah aku time tu... 


Tak sangka plak aku boleh masukkan list ni dalam azam 2013 aku... parah parah sekarang ni bila aku tengok budak sebaya aku dulu buat macam ni, aku plak rasa meluat.. agaknya ni mesti apa yang orang lain fikir about me dulu.. so boleh kira aku dah berjaya ok.. ; fasa umur dah berubah agaknya.. *macam dah tua je cara aku cakap ni* -.-


4. Saya nak jadi anak SOLEHAH

InsyaAllah moga aku dah berjaya menjadi anak yang diharapkan oleh mama dan papa.. sebenarnya aku tak tahu macam mana nak cakap.. kang aku tulis lain orang faham lain.. aku ni sometimes bahasa pun ada masalah jugx.. anyway azam yang ni sampai bila-bila pun kita kena tanamkan dalam diri kita.. ;-)


Kenapa ya aku rasa benda yang aku nak cakap ni macam sama je dengan apa yang aku pernah cakap dulu.. perlu ke aku copy paste?? 


"Love em.. spoil em.. 
as how they did to us
since we're just a lil baby.."



*****************************************


*****************************************


xoxo