October 29, 2013

majlis tunang classmate poly

Seorang seorang yang bakal bertukar status tak lama lagi.. yang dah berkahwin ada yang dah jadi mommy daddy, ibu ayah, mama papa, yang baru berkahwin tunggu masa nak due je tahun depan.. yang dah meniti dunia cintan cintun dari poly, alhamdulillah kekal juga diorang dari zaman muda-muda dulu sampailah sekarang ni.. ada yang dah tunang, kahwin..


baru-baru ni.. hari sabtu 26hb oct.. turn seha pula yang nak tunang.. sepulu dua puluh kali kau cakap nama budak itu radin yang kat poly dulu.. aku tetap tak kenal.. sampai berbuih kau nak explain kt whatsapp macam mana pun, aku tetap tak kenal hehehe sorry ya..


tbh masa nak pergi kenduri tunang seha ni, aku 50-50 je pergi ke tak.. almaklumlah ai is pemalu hehe kebetulan hari tu darwisy ada canteen's day, masa aku balik lunch pun dia ada tanya aku datang ke tak sekolah dia nanti.. tengok-tengok tengah hari jumaat minah call.. elok je time tu traffic light nak tukar hijau.. salam tak apa pun tak, terus tanya aku kat mana, bila aku cakap aku nak drive thru mc'd beli mcflurry.. dia cakap sempat lagi kau nak makan ice cream.. then suddenly she jumps to another topic "kau pergi tak nanti" aku pun blur la sekejap "nak pergi mana"


rupanya kenduri seha.. so there's a change of plan.. petang tu aku minta cuti dengan boss aku.. last minute plak tu, nasib baik dia bagi.. itupun aku nyaris tak malu depan dia.. *kasut tersangkut kat wayar, nyaris tak jatuh depan boss tau* -_-


asma plak bila call "hello zaries.. aku ni asma" "aku taulah kau asma" hampeh kau asma.. lepas dah tengok ombak rindu tengah-tengah malam, lepat kat mamak sampai subuh.. tidur kt tune hotel sekali, meseg nak berkubang kt rumah syam tapi tak jadi.. kau boleh tak simpan nombor aku.. tak apa tak apa.. lepas ni kalau aku jumpa kau kat ipoh, kita race ok hahaha


so lepas kitorang jumpa kat mydin, pergi ambil za8 plak kat terminal amanjaya.. rasa macam ambil za8 kat airport je.. dia siap waving lagi dekat pick up point haha dengan cermin mata two color nya.. haha mati-mati asma ingat kau pakai ray ban haha


congrats seha.. kitorang tak sabar nak tunggu kad kahwin ni.. 

October 25, 2013

the selca part of me

salam jumaat semua..


tajuk entry bukan main the selca part of me but dah cukup selca below pic ni? lol seriously hari ni terasa bored giler.. bila dah bored macam ni, mata pun mulalah nak buat hal.. time ni juga dia nak sleepy, nak terpejam bagai.. kalau this office is mine, I dah balik tidur pun sekarang ni hehehe


selca sesorang dalam kereta hehe


time ni aku tertinggal kunci office.. tak dapat nak masuk, so aku pun tertidurlah sekejap kat dalam kereta.. tunggu bos sampai pukul 11 macam tu baru dapat masuk office.. salesman pun duduk kat luar jap main candy crush.. haha itulah kerja dia tiap-tiap hari.. sudahnya, terus out station ke cameron..

October 22, 2013

Design T-shirt (Celebrity Series) [Shane Filan]

As you all know the weather sometimes are cold during daylights and quite hot at nights.. so my friend had design a celebrity t-shirt that will make you feel comfortable in your sleep or during your activities day. We will make sure the place we ordering the t-shirt will use a comfortable and nice piece of cloth..


currently we have upload four design in to our page and a new design has been added yesterday afternoon.. 


Design code : SFB 01 & SF 01, SFB 02 & SF 02

October 14, 2013

hikmah di sebalik sujud

Assalamualaikum..


rasa cepat je masa berlalukan.. pejam celik pejam celik dah nak masuk pertengahan bulan october.. esok pula Raya Haji.. kalau dulu masa kecik-kecik, dengar raya je excited tahap maximum sangat.. tak kiralah raya puasa or raya haji tapi sekarang feeling raya gitu-gitu je.. dah tak macam dulu lagi.. dulu bila cuti seronok, now sejak kerja ni.. bila dapat cuti terasa nikmatnya tapi stress memuncak bila fikir kerja yang pending di office.. lagi lama cuti, lagi bertimbun fail atas meja.. =.=


btw umum tahu yang umat Islam mempunyai lima waktu solat dalam sehari.. bukan saja kerana ianya disebabkan tuntutan Allah S.W.T tapi juga boleh dianggap sebagai "senaman ringan"


kenapa??


ramai yang tak tahu bila setiap kali kita sujud, kita bukan setakat sujud menghadap Allah S.W.T tapi sujud juga mempunyai hikmah yang kita langsung tak pernah terfikir.. termasuklah aku.. info yang aku dapat ni pun dari mynewshub.my..


October 10, 2013

haish ragam budak darjah satu

Assalamualaikum...


kenapa selalu ada rasa macam ni.. nak update blog tapi tak tahu apa nak tulis.. bila dah sign out nanti, baru tahu, baru nak teringat apa nak tulis.. so hari ni aku nak share pasal my baby brother, darwisy.. kalau nama pun dah baby brother.. of courselah dia ni manjakan & memang tersangat manja pun..


pic ni aku snap before pergi KL-Seremban pagi tu
diorang ada open house kat sekolah petang tu..


sedih pula aku dengar bila mama cakap dia tapau satay untuk aku.. dia lupa kot aku out station minggu tu


hari ni mama tak dapat nak hantar darwisy pergi sekolah, so akulah yang kena take over the duty.. I almost forgot to take him to school.. haha nasib baik mama ingatkan, kalau tak pagi tadi aku dah nak sambung tidur balik.. fyi, dariwsy sekolah dari 8am to 5pm.. haaa lamakan? tapi banyak juga benefit sekolah macam ni.. at least sementara nak tunggu dia pergi sekolah petang, pagi tak payah hantar pergi sekolah agama rakyat or tuisyen.. everything dah ready kat sekolah dia yang sekang ni..

October 7, 2013

Golden Crunch & Brekkie Wrap

Lately ni boleh dikatakan hampir setiap hari hujan.. cloudy memanjang.. mana matahari yang selalu panas terik & rembang pun tak tahu ke mana.. macam dah kena sorok di celah-celah awan je.. ni yang buatkan aku semakin liat nak bangun pagi.. sejuk punya pasal.. sampai pernah sekali aku lupa nak bangun kerja sebab ingatkan hari tu hari ahad.. mengelupur aku dah lambat..


malam tu aku pergi makan pizza dengan mama.. memang favorite kitorang sangat-sangat.. tapi papa dengan darwisy tak suka makan pizza sangat.. so aku berdua dengan mama je, our girlies night hehe


sebab berdua dengan mama je, golden crunch 1 is our choice

October 4, 2013

FTISLAND 6th Anniversary @ Stadium Negara, Dec 22, 2013 [Ticket Information]



2013 FTISLAND 6TH ANNIVERSARY [FTHX] 가 말레이시아 콸라룸푸르에서 열립니다.
날짜: 2013년 12월 22일
시간: 오후 5시
공연장: Stadium Negara

자세한 내용은 추후 공지됩니다.


************************************************************************


October 2, 2013

behind the screen

ready to shooting


kalaulah dapat snap pic actor tu, I bet you all mesti kenal siapa.. uncle yang selalu muncul dalam cerita cina di tv2..  well movie ni they shoot for chinese telemovie and it will be on DVD.. so if you have any hope to watch it on telly, sorry to say your dream is over! lol


they all shoot movie di kebun family mama.. masa aku tengok diorang set up tempat untuk scene rasa seram je tengok sebab time tu banyak crew belum sampai.. producer and actors/actresses lagilah lambat nak sampai.. masa tu cuma harapkan lampu dari van je..