December 11, 2018

short trip dengan bff

plan asal nak pergi genting tapi sebab ina dengan harry ada emergency, semua benda tu cancel. so aku, minah dengan kecik playing tourist la kejap kt kl. turun naik mrt semua la. mula tu aku sampai dulu dengan minah, then tunggu kecik sampai dari rawang baru kitorg pergi makan kt nu central.


our first meal before check in. the funny thing is, mana-mana je pergi makan korean dengan minah, we never change our menu, it will always be the same. mine is bibimbap and hers is jajangmyun. like i said, it was an impromptu trip so we really dont' have any plans where to go or what do and i just simply saying i want to go to dataran merdeka and take a selfie hahahahahaha macam dah takde tempat lain nak pergi kan.


but since amy wanted to go to chocolate museum, memang rushing la kitorg ke sana naik mrt sebab tutup pukul 5 but then sampai kt damansara pun dah pukul 4.30 haha sudahnya ambik angin lepak kt luar tu station tu jap. kt depan thompson hospital rasanya la. lepas tu kitorg naik balik mrt patah balik ke pasar seni. so jalan-jalan cuci mata la kt situ before ke dataran merdeka. ada nampak iklan pasal illusion house but bila tengok harga tix like myr30++ tak jadi masuk lol plus orang pun macam tak berapa nak ada je dalam tu.


from pasar seni ke dataran merdeka jalan kaki ok. terbakar segala lemak makanan yang kitorg makan masa lunch tu hehehe nampak pulak kl museum tapi tak masuklah, selfie kt luar. time petang masa nak balik tulah tetiba hujan pulak. betul-betul nak pukul 7 dah so kitorg decide naik grab je balik hotel. balik hotel pun fikir lagi malam nanti nak buat apa.


fikir punya fikir, tengok wayang kt nu central je hahaha pergi kl tengok wayang. macam kt kl takde wayang kan. korg nak tahu yang paling stress masa kitorg naik lif, ada sorang cleaner ni tanya "are you all from indonesia".. ok la memang tak nafikan hari tu memang banyak indonesian kitorg jumpa, takpelah kitorg jadi foreigner kejap.

masa nak tengok wayang tu, minah nak tengok the nun, tapi aku tak nak sebab takut. habis pun nanti dah nak midnight sangat, so end up tengok along with the gods 2, takut kecik tak faham cerita ni sebab dia tak tengok dari mula, so minah jadi narrator kejap kt kecik. malam tu cuma dinner nugget and nachos je sebab siang dah makan banyak sangat hahahaha


yang kelakar tu kecik tidur then masa movie dah habis aku nak kejutlah dia bangun, tengok-tengok dia bangun sendiri. eh macam ada alarm pulak ^^ masa nak balik hotel tu pun ada incident lagi. kitorg lalu kt kedai mamak sebelah nu central hotel, mamak tu tanya nak makan tak. minah cakap tak nak. lepas tu dia tanya puasa ke, aku pun cakap ya puasa.


on the 2nd day pulak, lepas subuh tu memang takde tidur, si minah ni complain cakap dia panas hahaha mana taknya aku tukar aircond sampi 23-25, katil dia pulak bawah aircond, memang tak kenalah aircond hahaha that morning landing katil tengok bawah apa nak makan. kedai mamak banyak tapi macam banyak foreigner yang jaga so kitorg brekkie kt 7e je makan maggi and minum instant coffee. ada satu uncle ni cakap "wow banyak jimat ya" haha


lepas tu kitorg pun naik bilik siap-siap, sambil dah siap tu sempat lagilah kitorg nak group selfie, sementara syam dengan wa dengan bebudak anak diorg tak sampai lagi haha sebab diorg belum brekkie, ikut diorg pergi brekkie before ambik kamilah muna and jejalan.



finally dapat jugak si minah ni nak pergi chocolate museum, timing tu perfect je, time kitorg baru sampai, chef tengah prep barang nak buat demonstration buat chocolate and of course la lepas tu dapat makan chocolate free hehehe


lepas tu kitorg gerak nak pergi rumah terbalik sampai pusing-pusing kl cari jalan hahaha tapi sebab orang ramai sangat, and ticket masuk pun rm30 per person kitorg cancel, sudahnya menapak sekejap kt luar menara kl and jejalan kt hutan belantara tu, aku tak ingat apa name dia, yang kt depan rumah terbalik tu. dari buang duit masuk rumah terbalik tu kan, ada baiknya pergi makan hahaha so masa makan nilah zahid datang. sorang-sorang zahid interview tanya update hahaha dah macam reporter nak tau isu semasa


last but not least, kt nu central before diorg send kitorg balik, naik ets je pun hahaha ok til next time ya korang, but next time tu make sure la cukup quota haha dahla aku dijadikan bibik kt anak syam~~


xoxo

No comments:

Post a Comment