June 29, 2019

MOWGLI: Legend Of The Jungle

Aku ni jarang nak tengok movie pasal animal lover ni sebab emotional sangat, dah macam mak cik mak cik. Mowgli semua orang tahu cerita dia macam mana kan, pasal seorang budak yang dipelihara oleh haiwan dalam hutan, tapi movie ni dah di modify sikit so tak sama sangatlah macam yang kita pernah tengok dulu. Kalau siapa sini pernah ingat, dulu NTV7 pernah tayangkan series Mowgli. Memang setialah aku tunggu nak tengok Mowgli dulu.


Mak bapak Mowgli ni kena serang dengan seekor harimau nama Shere Khan, satu hari Bagheera ni jumpa Mowgli, time ni Mowgli still baby so dia bawak Mowgli ke kawasan serigala. Dah letak Mowgli kt situ, dia menyorok tengok dari jauh, bila ada family serigala ni jumpa Mowgli diorg decide nak jaga Mowgli tapi still kena bergantung pada undi kumpulan, masa mengundi tu tetiba Bagheera datang bagi undi dia, and then tetiba dia cakap Balu pun setuju, and Balu pun macam "eh aku ni beruang bukan serigala so undi aku tak valid" hahaha and Balu pun balas balik "tapi kau ajar anak serigala so undi kau tu laku"


So undi semua berpihak pada Mowgli and diorg pun besarkan Mowgli macam anak sendiri, sampailah satu hari tu Mowgli dikeluarkan dari kumpulan serigala tu dan kawan baik Mowgli, Bhoot tu jenis happy go lucky je character bff Mowgli ni, dia try nak pujuk Mowgli tapi Mowgli pulak naik angin dan marah balik "kita ni bukan special, kita ni pelik.. mak kau saja cakap kau tu special sebab dia tak nak kau kecik hati."


Dan lepas tu, Mowgli terus ke perkampungan orang India dan ada seorang Colonel tu jaga dia, mula tu Mowgli rasa happy sebab dia rasa macam dah jumpa tempat yang dia cari selama ni, a family. And then one night, masa Mowgli hantar colonel tu masuk tidur, Mowgli tengok-tengok barang colonel tu, dia jumpa banyak haiwan yang dah kena awet sampailah dia ternampak kepala anak serigala albino, rupanya itu kawan baik Mowgli.


Time tu aku rasa sedih sangat, nak nangis. Last dia jumpa kawan baik dia, diorg bergaduh dan Mowgli pergi macam tu je. Lepas tu korang nak tahu apa jadi?


Sila tengok sendiri... Malas nak cerita lebih-lebih, nanti aku bagi semua spoilers tak best lah kan, dan kenapa Mowgli disingkirkan dari kumpulan serigala tu pun ada sebabnya kenapa Bagheera buat macam tu. Semua sebab seekor singa bernama Shere Khan..

xoxo


Spoiler: Bagheera "ini untuk kebaikkan Mowgli.. tempat dia di luar sana, bukan di sini.. demi keselamatan dia.."

No comments:

Post a Comment