Hari ni genap hari ke-11 pak cik pergi. Pak cik tahu tak kitorang semua rindu kat pak cik.. terasa macam pak cik ada je lagi. Bila makan je mesti teringat kat pak cik. Hari tu masa pergi Watson dengan mama, along teringat pak cik. Selalu kalau pergi dengan pak cik, macam-macam beli, walaupun tujuan pergi Tesco tu cuma nak beli Deysham je..
Then pagi Sabtu plak, pak cik dah standby kat luar nak hantar along pergi kerja, padahal along baru nak breakfast kat dapur. Keluar masuk pak cik tengok along tak sudah-sudah lagi makan. Sudahnya pak cik buka helmet duduk kat sofa luar.. *lambat sangat along nak siap dgn makan erk*
Kalau dulu tengah hari pak cik hantar nasi, sekarang dah tak ada.. Kadang macam terbayang je pak cik kat depan..Orang-orang kat rumah semua sedih lagi. Hurm semalam masa along balik, mama, mak long & mak nyah tengah kemas bilik pak cik. Diorg cakap ada terjumpa wasiat pak cik.
Rupanya wasiat tu dah lama pak cik tulis erk, tahun 2007.. Along tak baca pun lagi sebab tak tahu mama letak kat mana. Cari dalam almari pun tak jumpa. Diorg cakap sedih sangat.. Dalam wasiat tu pak cik ada minta kalau pak cik dah tak ada, pak cik minta semua orang bacakan pak cik Al-Fatihah..
Ya Allah, pak cik tak payah minta. Kitorang akan sentiasa baca untuk pak cik.. Setiap subuh & maghrib, kakak, abang & adik-adik pak cik baca Surah Yasin.. InsyaAllah along akan sentiasa bacakan Al-Fatihah untuk pak cik..
Kadang-kadang along selalu fikir, kenapa pak cik pergi cepat sangat padahal pak cik admitted sebab demam je.. Belum sempat along nak balas budi pak cik, along rasa sedih sangat. Tak sangka raya tahun ni raya kita yang terakhir.
Mungkin Allah dah tentukan apa yang akan berlaku seterusnya untuk setiap kejadian, kita sebagai hamba cuma redha je..
Kadang-kadang along selalu fikir, kenapa pak cik pergi cepat sangat padahal pak cik admitted sebab demam je.. Belum sempat along nak balas budi pak cik, along rasa sedih sangat. Tak sangka raya tahun ni raya kita yang terakhir.
Mungkin Allah dah tentukan apa yang akan berlaku seterusnya untuk setiap kejadian, kita sebagai hamba cuma redha je..
Eiyka ada cakap yang dia ada mimpi pak cik, hurm along tak ada mimpi pak cik lagi pun.. Ni yang jealous ni.. hehe Read more.
*Dalam Kenangan - Gone But Not Forgotten*
-June 2012-
-Credited to my uncle, Salleh Wari-
xoxo - RZ
No comments:
Post a Comment