Despicable Me 2

Assalamualaikum..


Wallawei memang rugi wa cakap lu kalau lu tak tengok lagi movie ni!!! Eh dah macam gangster plak cakap wa lu wa lu.. astaga.. meh aku guna ayat yang ada nilai budi bahasa tapi tak skema.. "rugi betul kalau korang tak tengok lagi Despicable Me 2"..


Aku mula dah janji dengan Mi nanti nak tengok dengan dia hari ahad lepas.. tapi disebabkan aku ni kan sister yang loving sesangat, maka dengan ini saya pun telah berjanji dengan adik saya iaitu Darwisy bahawasanya saya akan membawa dia menonton movie ini.. #skema #gilos


Tahu tak hari sabtu tu entah berapa kali dia call aku tanya bila nak tengok wayang.. sabar je la.. kan dah cakap malam.. mula rasa was-was je sebab tahu ticket mesti banyak orang dah book.. macam dulu masa aku bawa Darwisy pergi tengok Madagascar 3, dapat seat paling depan sekali.. VIP pun kalah babes..


Nak book online plak tak lepas.. yelah credit card pun tak ada sob sob nak book via maybank 2 u plak, account tak register lagi.. sadis sadis so petang tu jugalah pergi buat semuanya.. macam biasa, everything at the last minute tapi bak kata orang melayu segalanya sukses!!!


Saja je aku letak pic trademark cartoon tu.. dah feeling pun tengah cartoon.. ooooppsss




Dari mula introduction, bagai nak pecah perut aku gelak.. minions ni comel sangat.. kalau ada jual, aku pun nak beli satu.. tapi yang boleh cakap punyalah.. boleh buat member gaduh hikhik kalau setakat minions bisu buat bantal peluk tak payahlah.. aku pun tak nak.. nanti buat putus kaki dengan tangan je nanti LOL




Kan aku dah mention aku jenis semua buat last minute, so this time dapat front seat lagi tapi second row la.. dah merasa first row dulu macam mana.. ni pun kena mendongak sikit.. nasib tak cramp leher aku ni bahaha jenuh mama & Darwisy nak betulkan balik *haish kan aku dah merapu*


My favorite song from the movie. Click here.


*h~ Lapo da~ Tala chi, Ma tol, Li na~ Ah~ Laba di, Ho chi La, No chaaa~ Wu pla na chii, leh ji~ Fuh pa pu seh La ma nii~ Under wearr~ La kah reh, Li rey wee Gih leh bya~ Mah ke reh~ Under wearrr~ La pah kreh, Leh gua ri Teh lah keh~ Lah peh reh~ Under wearrr~ Lah cheh pee, Li bee da Ee leh gua~ Lahh gua rehh~ Ley show lee leh duu~ Lah keh rey dee zuu~ Bleh ahh boh dee zu re kah Zohh reh kah laa UNDER WEARRR~ Lah duu~ Leh ah mo dee under wearrr~*


Oh before I end this post, I would like to say Salam Ramadhan. Malam ni kita tunai solat tarawih pertama ya, cuma sebulan setahun je.. rasa rugi kan kalau tak pergi tarawih :-) JANGAN TERPEDAYA DENGAN HADIS PALSU MENGENAI PAHALA TARAWIH


A little message for all friends out there -> Salam Ramadhan Kareem


P/S : Nak tengok dengan Mi tak jadi sebab mak cik dia meninggal petang Sabtu. Al-Fatihah.