bercakap bercakap dan bercakap

Assalamualaikum..


Entah kenapalah lately ni aku macam rajin-rajin je nak update blog.. rasanya kalau aku bercakap berterabur citer aku.. maybe sebab bosan kot.. whatever.. kerja kt office plak tetiba je menimbun.. bila tak ada kerja tu dari pagi sampai ke petang aku layan YouTube je.. bila ada kerja, sempat juga aku curi masa nak online hehe even though I ni suka online but I always submit my work on time..


Hari tu masa I pergi KL nak hantar cousin balik UIA, masuk je sempadan Selangor.. jerebu bukan main teruk.. apa pun tak nampak.. bila dah sampai KL lagilah.. tetiba rasa kesian je siapa yang duduk depat apartment.. bayar installment/rental bukan main mahal.. tapi bila jerebu apa pun tak boleh buat.. tak ada maknanya nak menikmati nite view.. kalau dah kita yang dari bawah pun tak boleh nak tengok apa..


Bile citer kt colleague boleh plak dia cakap 'wah susahlah macam tu.. nanti kalau ada orang nak bunuh diri, terjun dari atas pun tak boleh nampak.. tahu-tahu dah jatuh bawah.. nak tolong call police pun tak sempat haha'.. make sense juga apa dia cakap tu kan.. haha


View masa baru masuk sempadan Selangor

Di Hentian Sebelah Sg Buloh.. ingatkan nak buat pit stop di R&R Sg Buloh tapi 
sebab dah tak tahan sangat nak ke toilet..

Nampak je redup kan tapi haba panasnya.. Ya Allah.. berbahang betul.. dapat dudk kt pondok ni pun dalam 15mins je lepas tu masuk kereta balik.. masa ni dapatlaj sejukkan tekak makan ice cream.. pak cik jual ice cream tu cakap.. eloklah panas macam ni.. dapatlah laku ice cream dia tu haha


Macam-macam ragam orang pasal jerebu ni kan.. ada yang suka ada yang tak.. every things happen for a reason.. Alhamdulillah lepas diorang buat solat hajat, hujan turun.. lebat plak tu.. terasa juga sejuk even though still ada jerebu sikit.. 


My family best tau.. boleh diajak bergosip pasal artis, tengok drama etc. Sekarangkan tengah ada drama pukul 7 kt tv3.. dah hangat macam pisang goreng plak aku tengok.. bila pukul 7 je semua duduk depan tv.. termasuklah papa.. main point nak tengok citer tu sebab ada Nabila Huda.. pergh acting dia nampak hidup kan.. baik ke jahat ke.. nampak macam real je.. buat orang suka & benci dengan character yang dia bawa.. 


Elok aku tengah shower, boleh plak mama panggil suruh cepat.. lepas tu panggil lagi cakap 'kamu mandi lama sangat.. dah start dah teduhan kasih'.. berebutkan shower la plak.. yang funny tu mama cakap tak sempat nak mandi dah haha =.=


Kalau nak tahu lagi, satu family aku ni sampailah ke mak cik-mak cik, semua minat giler dengan Baim Wong.. so bila last week aku cakap ada citer baru Baim Wong dengan Elfira Loy, laju je diorang tanya bila start.. hari apa.. cool mak cik-mak cik ku.. itu bukan series tapi movie..


Bila tengok citer tu semalam dah macam ala-ala Titanic plak.. bila part yang Elfira pesan dekat Baim 'kamu kena hidup bahagia.. berkahwin dan ada anak'.. in Titanic, Jake to Rose 'you're not gonna die rite now.. not like this.. you're gonna get marry, have children, get old and you will die in your bed.. not here' haa samakan..


Dah macam kaki comment movie plak aku ni hehe adios amigos..