Sari Lautan Pizza

Semalam balik je kerja, I terus pergi ambil Kimi kt workshop dengan mama.. spoiler TRD dah siap pun letak color.. hehe ingatkan nak letak warna hitam tapi dah orang workshop cakap takut spoil paint kat body Kimi.. so akurkan je la.. *untung juga bila kerja kt tempat sekarang ni.. workshop keliling pinggang.. pilih je nak yang mana.. price pun boleh nego*


My family kan peminat tegar Teduhan Kasih, so ingat lepas habis citer tu nak balik Tasek.. lepas tu Dariwsy plak call cakap sakit perut plak.. elok je kitorang on the way nak pergi Tasek, dia call lagi cakap nak makan  chicken wing kt pizza plak.. =.=


Cubalah kalau dia cakap awal-awal.. kan senang tak payahlah I mencekik yong tau fu + maggi hot cup.. saja nak bagi I gemuk lagi.. *tak mampu tolak pinangan pizza hut*


Muka budak excited nak makan chicken wing


Selera je tekak dia makan even though chicken wing tu tengah panas..
air pun belum sampai lagi


Ingatkan cuma nak bawa Darwisy makan chicken wing and then order hut platter, rupanya mama nak makan pizza.. FYI my mom ni pun peminat tegar pizza hut.. tambah kalau ada new pizza.. lagi laju nak try.. tapi tak sesedap cheesy sensation.. esp bila cheese tu melting dalam mulut.. pergh tak ingat dunia dah makan


Masa nak order tu, I suggest ambil yang set je so tak payahlah membazir kan.. Ingatkan yang regular tu dalam 4 slices je rupanya 6 ok!! Selalunya I makan dalam 2-3 slice tapi sebab I baru je mencekik kt rumah Chemor, memang tak terdaya nak sumbat lagi..Dapat pun mama try mushroom soup.. selalu cakap nak try tapi tak pernah order.. this time dapat juga order 


New pizza.. Sari Lautan Pizza


New platter.. meatball with potato crisp and chicken wing with BBQ and honey


Yang ni meatball..

Mula tu dah angkat nak makan tapi letak balik.. tak larat.. padahal tekak dah terliur dah.. ni tengok gambar ni dah terasa macam teringin plak.. seriously chicken wing with BBQ and honey ni memang sedap.. I makan 1 je.. walaupun pedas, tetap yummylicious..


Balik tu Darwisy boleh tidur plak.. haa parah aku nak angkat dia.. dahlah debab.. kalau genit genit macam dulu tak apalah juga.. huu


xRZx