June 14, 2013

The nicest boss I could ever have

Dari lepas sekolah sampailah sekarang, dari mula bekerja di Ekin Saloon, practical di architect firm, part time promoter di Soda, marketing di Orin's Advertising, and now administration in automotive... Alhamdulillah... syukur kepada Allah S.W.T. sebab selalu murahkan rezekia aku dan ke mana aku kerja, semua bos aku baik-baik..


Tak pernah pun ada yang marah, maki atau cakap kasar dengan staf.. kalau marah pun, setakat tegur elok-elok je.. belum lagi aku tengok seorang staff tu dia ada perasaan seolah-olah maruah diri dijatuhkan.. dalam environment aku bekerja, belum lagi benda macam ni terjadi depan mata aku...


Tapi aku selalu dengar cerita dari kawan-kawan aku.. even member dari tempat practical dulu pun pernah cakap kerja gaji tinggi memang best tapi gaji tinggi pun tak guna kalau selalu kena maki..


Ada juga former customers even member aku sendiri pun pernah cakap dah lama aku kerja kat tempat sekarang ni... sedar tak sedar dah tiga tahun aku kerja kt sini.. jawapan aku cuma satu je.. hati senang, bos pun baik.. gaji pun ok.. kalau gaji rendah maybe dah lama aku chaw =)


Aku kerja kat sini pun sebab rezeki yang Allah bagi.. terus terang aku cakap, aku tak pernah rasa macam susahnya cari kerja, sebab kerja tu seolah datang bergolek pada aku.. macam mana aku boleh kerja dekat sini.. semua sebab aku pernah bersusah masa kerja di Orin's dulu.. dari situ diorg dapat number aku and panggil interview..


Macam tu juga masa aku kerja di Ekin Saloon lepas SPM, owner kedai sampai datang ke rumah nak offer aku job.. macam mana dia dapat address and contact number aku? Dari anak saudara dia yang baru masuk SMTKK..


Aku percaya.. bila kita laksanakan atau buat kerja dengan tekun, jujur dan amanah.. orang takkan teragak-agak untuk offer kita job atau sambung contract kita.. aku bukan nak bangga diri tapi itu semua pengalaman.. lepas 2-3 bulan aku grad dari PPUO.. aku buat kerja part time di Soda, lepas tu sambung lagi sampai aku dapat job di Orin's..


Orin's maybe tempat yang paling best aku pernah kerja.. member kat sana semua otak gila-gila.. and automatic stress or tension boleh hilang.. tapi rezeki kat situ kejap je..



Masa aku mula kerja kt tempat sekarang ni pun, company ni baru sebulan bertapak.. sampai sekarang masih kat location yang sama.. kat sini banyak kenangan.. Arwah Pak Cik Nan selalu hantar and ambil aku balik kerja setiap hari Sabtu.. tengah hari dia datang hantar makanan.. rasa macam baru je lagi dia pergi.. tak sangka dah 7 bulan..


Kadang-kadang aku macam terbayang-bayang pak cik aku datang hantar nasi, parking scooter kat depan pintu office lepas tu dia jalan-jalan tengok kereta kt sebelah ni.. aku ingat lagi pak cik pernah cakap Camry ke sebelah ni cantik tapi harga mahal sangat.. setiap kali datang itu je la yang dia tengok..


Aku rasa macam pak cik tak pernah meninggal pun.. rasa macam dia ada je dekat-dekat sini.. pergi kursus lama sangat tak balik-balik..


Ya Allah.. Kau tempatkanlah roh pak cik ku di kalangan orang-orang yang beriman...


Amin amin ya robbalalamin..


Tersasul sekejap tadi.. sorry eh.. aku bila dah emo macam nilah jadinya.. emo berlebihan la plak.. ni nak citer pasal boss paling baik aku pernah dapat..


Citer dia macam ni.. kan esok kitorang semua nak pergi Jitra sebab dia nak masuk poly kan.. so aku mintalah half day, tapi boss aku tak cakap pula tak boleh.. dia cuma cakap esok dia nak pergi KL takut barang hilang.. FYI, kt office aku ni kitorang supply minyak hitam dari France, MOTUL to workshops.. and seriously minyak hitam MOTUL ni bangus sangat.. promote sekejap tau..


Memang banyak orang kata mahal tapi bak kata pepatah aku sendiri reka mahal biar berbaloi.. jangan dahlah mahal tapi tak berguna langsung.. 


So dari jawapan boss aku tu faham-faham je la, takkan nak tanya lagikan.. tadi masa dia nak balik, dia cakap :


Boss : esok you half day kan?
Aku : (aku pun macam eh eh) taklah.. esok you pergi KL kan.. tak apa I tunggu office..
Boss : nanti you nak pergi Jitra.. macam mana...
Aku : tak apa.. itu petang boelh pergi..
Boss : esok tak apalah.. you balik awal sikit.. pukul 4 pun boleh..


Dah dapat boss yang cukup baik macam tu.. apa lagi yang aku nak minta.. cuba you all cakap.. boss macam ni.. seorang dalam seribu pun belum tentu boleh dapat..


Just for fun.. no 'strings' attached haha #WTF


Have a wicked weekend peeps.


No comments:

Post a Comment