June 24, 2013

Hantar Acap ke POLIMAS

Argh sukanya!!! Finally aku ada masa nak update pasal Jitra, Polimas, Padang Besar bagai...


Seperti sedia maklum, bulan June ni bulan yang paling busy so far.. turun naik KL dua kali, pergi Jitra, kenduri.. that's my weekend.. langsung tak ada ruang dan waktu untuk someone named rehat =.=


My cousin yang seorang ni dapat tempat masuk Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah aka POLIMAS.. hari Sabtu kan aku kerja tapi aku malas nak apply cuti sebab fikirkan raya & Merdeka aku nak ambil cuti lama sikit.. so aku mintalah half day and the rest you all boleh baca kt sini dugaan nak apply half day..


Sudahnya dalam pukul 4 macam tu baru gerak pergi Jitra, drive pergi cuma dalam 4 jam je tapi disebabkan family aku ni jenis makan makan, so faham faham je la pukul berapa baru sampai..


Dulu kereta arwah Pak Cik Nan tak boleh jalan jauh.. sekarang dah boleh.. sampai ke hujung utara peta Malaysia dah.. =)

Budak yang nak masuk poli ni.. kau bagilah makan apa pun, dia tetap nak tambah ayam


Sampai je Jitra, next mission is to find out the location of POLIMAS.. belum boleh cari tempat tidur lagi.. ni je yang aku dapat snap.. hehe time ni tengah tunggu cousin yang study kat maktab.. berjam-jam cari tempat nak tidur tapi semua fully booked.. :(


Nasib baik dapat homestay kt Kg Lahar.. itupun lecturer dia punya.. masa mula-mula mencari homestay tu, agak kelam kabut la jugx.. ingatkan GPS tu dah giler tapi betullah.. homestay tu betul-betul dalam kampung.. nasib tempat tu tengah renovate so homestay diorg kena tutup untuk temporary..



Nilah mama.. entah apa dikorek dalam kotak tu.. semua busy tolong Acap kemas bilik dia.. tingkat 4 beb!!! Entah apalah nasib, dari aku, Iqmal sampai ke Acap.. dapat bilik je mesti yang last floor.. memang saja nak kuruskan we all yang dah kurus ni eh


Kira oklah bilik ni.. siap bagi langsir sekali.. almari pun lagi besar dari almari aku kt PPUO dulu.. decoration bilik pun sama cuma bilik aku dulu lagi luaslah.. hehe boleh letak lagi dua tilam kat atas lantai tau.. hihi tu pasal Irin & Aida rajin berkampung kat bilik aku & Ana ;p


Ooooppppssss nak bagitahu girlies kt luar sana.. room mate Acap ni handsome lah juga.. hehe bila semua dah siap-siap kemas, tup tup 1 bilik kena share 4 orang la plak.. sebab bilik tak cukup.. 


This is my very first opinion about POLIMAS.. their organization is bad.. dah tahu bilik tak cukup, kenapa nak ambil budak rayuan asrama lagi.. sepatutnya awal-awal.. masa registration semester POLIMAS dah sediakan kemudahan or senarai untuk rumah sewa..


Memang ramai parents kat luar sana payah nak lepaskan anak diorg kat tempat orang.. tambah baru nak masuk sem, but as long as POLIMAS can guarantee the house or the area they suggest is save and good.. mesti parents pun akan setuju..


Team yang bersatu padu driving berjam-jam ke Jitra.. dengan muka tak malu main panggil je budak mana entah tolong snap pic hehe


Time kitorang nak balik, tiba-tiba huja lebat la plak sedangkan cuaca elok je.. hehe hujan masin kata orang.. yela baru first time hidup jauh macam ni.. dulu pergi Jepun sebulan je.. tak terasa sangat macam sekrang ni.. anyway minggu ni budak ni balik..


Family aku ni bila dapat berjalan.. memaang habis-habisan punyalah.. rehat pun dah tak kenal.. balik homestay je, laju je semua nak mandi, kemas barang and then gerak ke Padang Besar plak..

Papa ni memang suka photoshoot tapi mama plak depends pada mood..

Nilah homestay kitorang.. twin tau.. untuk 1 homestay only RM 75 per night.. murah kan..

Ready untuk ke Padang Besar plak dengan muka letihnya..


Bye.