February 5, 2014

sehari sebagai traveller ♥♥♥ baby Adele

demi untuk jumpa baby adele macam-macam rintangan kitorang kena tempuh.. ini semua gara-gara si mommy.. bagi direction pun salah ㅠ.ㅠ sampai tanya-tanya oranglah even though di every station dorg ada standby map nak turun kt mana etc.. and kitorg siap buat kenalan baru lagi.. first dengan couple dari Arab or Palestin, lepas tu couple dari Nepal pula..


lepas sampai je kl central dengan minah, pergi makan-makan & time nak beli tiket dekat machine, dekat situ ada dalam tiga machine tapi dari tiga machine tu dapat beli tiket untuk minah je.. masuk duit dia keluar balik masuk duit dia keluar balik.. kalau duit tu keluar sekali tiket tak apalah juga.. tengah kitorang pening-pening pasal aku tak dapat tiket adalah lady ni, cantik.. tiba-tiba dia tegur cemana nak beli tiket ke batu caves tapi sebab batu caves tak ada dalam list machine tu aku suruh dia pergi tanya kat counter ktm, sudahnya aku pun beli tiket kat situ juga..


then masa kat putra station kitorang jumpa couple nepal pula.. pergh nak jalan kaki ke putra station tu parah giler ok.. sejak grad ni jalan jauh-jauh macam ni je dah mula rasa mengah.. dah macam orang tua pula haha patutlah kenapa couple tu tak boleh dapat token lrt sebab machine tu untuk coins only. menyampah aku dapat machine memilih macam ni. first ingatkan machine tu tak accept new notes rupanya saja mengada nak buang masa kitorang kat situ.


couple ni friendly tau tapi yang lagi sweet wife kerja di jb, husband kt kl.. sanggup his wife turun kl untuk sehari tu. couple ni tak tahu how to go to ampang so dorang tanya kitorang, sebab kitorang pun tak berapa nak tahu sangat, tanyalah pula dengan sorang mak cik ni. rupanya dia orang singapore datang tengok anak kt uia, bukan nak cakap apa tapi anak dia ni sombong sangat. foreigner nak tanya direction cakaplah elok-elok.. sedarlah sikit diri tu pun foreigner juga. memanglah ada station map kat situ tapi uncle tu tak faham. then bila bapak budak tu nak bagitahu macam mana nak pergi, anak dia pula beria lebih "daddy u don't have to explain. they can see the map" duh


kecian uncle tu, baru je aku dengan minah panggil dia, pintu lrt dah tutup. yang ni lawak sebab kitorang jumpa balik kat station masjid jamek rasanya. dekat sini pun kitorang confuse sebab ina suruh turun dkt sri petaling padahal bandar tun razak before sri petaling.. -.- sampai aku tukar pakai selipar. nasib baik ada bawa. "rumah aku bawah ada kedai. nanti laki aku tunggu kt depan pakai baju warna biru" - calina, tapi kitorang nampak yang pakai baju biru uncle india naik motor.. kejap je harry dah hitam erk hehe


comel kan baby Puteri Noor Adelia Afrina.. first ak dengar nama tu, jenuhlah aku fikir siapa yang nama afrina tu. korang tahu siapa? yang berlakon drama playboy itu suami aku.. haha mata hitam baby penuh je, bulat.. kecian dia nak tidur tak boleh, suara aunty aunty kepoh bising sangat erk..


incident paling kelakar sampai hari ni kalau teringat aku mesti tergelak sorang-sorang. time tu minah tengah solat, bila aku tengok minah dah nak habis aku pun nak bangun pergi ambil wudhu, lepas tu tiba-tiba aku dengar azan. aku tanyalah ina itu azan apa. tengok jam baru pukul 1.30pm, ingatkan jam tu yang rosak. aku tengok phone, baru pukul 1.30pm rupanya. lepas tu ina cakap ingatkan tadi pukul satu lebih nak pukul dua. haha tergelak-gelak terus kitorang.. aku siap tanya minah lagi ko sembahyang apa? disebabkan minah kan mak dia pun sabar je.. wakakakaka


p/s : chulak chulak thanks tau sebab bagi layanan yang baik kat kitorang. siap beli lauk lagi nak bagi kitorang makan. terharu sangat. dah lama tak jumpa duduk satu rumah gossip gossip macam dulu. hopefully Adele nanti membesar jadi anak yang solehah dan baik. nanti turun ipoh kita gossip gossip lagi k :)




rasanya dalam setahun lebih ni, ini first time aku pergi kl nak ktm & lrt.. selalunya drive je tapi disebabkan aku malas nak drive, kitorang naik ktm je. rasa bersalah pula dengan milah sebab dia nak ikut tapi aku tak bawa kereta......................


selca while waiting for lrt before leaving bandar tun razak




kalau sampai kl central tengah hari tu makan kfc, balik ni makan roti je dengan chocolate famous amos. nak pergi beli air panas dekat cafe dalam train pun sekerat jalan je aku pergi. takut giler tengok mild steel coach.. rasa macam aku akan jatuh kalau pijak benda tu. ini kejadian masa di railway station ipoh, aku tersilap duduk kt tempat sorang pak cik ni. bukan main confident aku cakap kt minah ni seat kitorang, pak cik tu pun bagi laluan, lagilah aku confident nak duduk. bila minah tanya "ini tempat pak cik ke?" pak cik tu pun angguk kepala dia. haaaaaa malunya aku. (sekali pandang E & F lebih kurang sama je) sekian.


xoxo