London Has Fallen + Kung Fu Panda 3

bila tiba je time hari minggu, kerja aku dengan minah tak lain tak bukan movie marathon.. and bila kitorang kalau keluar tengok movie, bukan satu movie je kitorang tengok tapi dua movie sekali.. and kalau korang nak tahu kitorang pernah movie marathon sekali dengan sayana, time tu tengok movie insidious part 3 & san andreas.. 


and memang rasa nak kematu la bontot time ni sebab waktu movie tu dekat-dekat.. habis je insidious kitorang terus sambung tengok san andreas.. memang tak keluar langsung dari tgv, kitorang just bangkit and tukar theatre.. that's the first & last time we had movie marathon jarak dekat.. but after that, nak movie marathon kitorang ambil satu before lunch & satu lagi after lunch.. boleh la jugak kitorang nak solat zohor dulu or window shopping plus makan etc la


so hari aku ajak mi tengok london has fallen & minah plak nak tengok kung fu panda 3.. so set la the date, kitorang start tengok london has fallen dulu.. sebab sekarang ni kan tengah el nino, kitorang keluar pagi sebab tak nak panas, sampai mama tanya baru pukul 10.30 kenapa nak keluar cepat sangat so aku pun, keluar tengah hari kang panas.. keluar awal tak adalah panas sangat hehehe


semangat sangat nak tengok wayang sampai breakfast pun tak ambil.. first time ok tengok wayang makan pop corn, tak movie belum start pop corn dah tinggal separuh.. half way movie pop corn dah habis.. tak tahulah nak cakap kebulur sangat ke apa.. selalu pergi tengok movie, ambil couple seat dengan minah, konon tak nak ada orang kt sebelah hahaha tapu this time dua-dua movie tak dapat couple seat.. huh mencik!


aku ni kalau ajak tengok wayang citer cinta ke apa memang not my taste la.. kau ajak aku tengok citer macam ni memang aku on je hehe wah serious la babe tengok movie ni tak adanya nak rasa rugi ke apa sebab progressing dia cepat, tak ada melalut ke lain.. setengah movie tu sometimes nak tunggu sampai setengah jam or more baru kau nampak hala tuju dia nak ke title tu tapi yang ini awal-awal dah kebabom sana sini meletup orang campak bom..


and gerard butler ni pun dahlah memang handsome.. movie dia ini apa yang tak best.. semua box office.. kiranya kalau kau tengok movie tu main actor is gerard butler, terus book ticket pun dah berbaloi sangat dah rasanya.. oh btw gerard ni british & I have a soft spot dengan british man sebab the accent wow sexy gitu hahaha


hah ni movie yang minah nak tengok sangat.. selalu movie cartoon & marvel avenger aku pergi tengok berdua dengan adik aku je.. kalau awal-awal tadi baru start tengok dah kebabom sana sini, yang ni plak awal-awal tengok kau dah gelak-gelak sampai nak kering anak tekak tu.. terasa release tension kerja kt office tu semua..


tbh pernah sekali aku ikut minah pergi tengok hotel transylvania 3, aku dah nak tertidur sebenarnya.. dahlah ambil couple seat lagi nak terlentoklah aku hahaha bila time orang gelak, aku pun buka besarlah biji mata ikut orang gelak hahaha


aku ni bukan jenis yang buat review akan cerita about how the movie goes etc tapi more to what I think about the movie.. kalau best macam nilah aku cakap, kalau tak best aku akan cakap "rasa macam nak pergi mitak balik duit ticket" ha faham tak point aku kat sini?


ok lepas ni nak tengok the purge 3 plak, ha yang ni korang kena start tengok dulu dari part 1 & 2 sebab memang serious best movie ni, rugi kalau tak tengok.. the movie is about once in a year, diorang akan select one date where all the crimes become legal & none of the police officers will take action against it.. the purge 3 is set to release on July..


xoxo