May 10, 2016

benteng, anjing & throwback sikit

gambar ni dah lama sangat before aku dengan minah pergi kl jumpa ina & syam.. time ni syam turun ipoh dengan wa sebab diorg ada family day kt lumut. aku janji dengan minah lepas maghrib aku datang ambil dia tapi faham je la aku ni macam mana.. hehehe dari lepas maghrib pukul 8 lebih baru aku sampai. dia pun sempat lagi call aku tanya "sempat tak kalau aku nak isyak dulu ni"


kesian syam dengan wa tunggu kitorg kt dataran sampai tertidur ziqri. lepas tu kitorg terus gerak pergi thumbs cafe, dekat dengan area situ jugak.. tapi nak mencari slow slow jugak la sebab dah malam, kitorg pun tak pernah pergi situ lagi..


(pic credit to google) pada aku tempat ni cozy, korang tak tengok dalam dia lagi.. lagi cozy, rasa macam nak tidur je kt sofa tu. since then, aku pun selalu pergi sana bawak fam.. nak makan kt indoor boleh, kt outdoor pun boleh jugak. sebab time datang tu ramai sangat orang so kitorg pun duduk kt luar je.. boleh plak elok je kitorg habis makan, hari tetiba rintik plak. dahlah syam dengan wa bawak anak kecik, sudahnya kitorg gerak pergi benteng kt taman cempaka..


yang lawaknya.. tak kisahlah mana kitorg pergi makan ke lepak tapi mesti balik kt tc jugak.. dah sebati dengan jiwa raga gamaknya hahaha even now bila bulan puasa pun aku suka pergi bazaar kt sana.. 


aku dengan minah sampai dulu kt benteng & aku turun dulu dari kereta, lepas tu minah bising-bising cakap dia tak boleh nak turun, rupanya ada anjing kt tepi pintu tu. aku pun ingat nak prank lah minah sekali tengok anjing tu ada kt belakang aku plak hahaha tah bila dia pusing belakang aku pun tak tahu. kelam kabut aku lari kt minah panjat atas dia suruh sana sikit sebab nak tutup pintu tak boleh hahahahahahahahahaha


yang ni plak lepas kenduri yazid, kt mana aku tak ingat sebab za8 yang drive.. yang aku tahu datang makan, jumpa pengantin dengan budak-budak kelas yang dah jadi bapak orang.. haa ada satu line tak boleh lupa.. za8 la ni boleh plak dia bisik kt aku cakap "diorg datang semua bawak anak.. kita bawak apa" hahaha kita datang bawak perut kosong la za8.. ini masa untuk mencekik, ada anak nanti, tak sempat mencekik, anak dah tarik-tarik shawl..


balik tu kitorg singgah tc (kan dah cakap tak boleh lari dari tc) ini sebab nak ambil asma, lepas tu za8 nak check in hotel, pergi makan aeon klebang.. datang sini makan je, lepas tu jipanggi.. eskem koya yang macam payung tu.. 


yang ni plak time ni aku nak beli kasut dengan mama, terserempak dengan puan syam, dua-dua terkejut sebab nak ingat nama hahaha puan syam cari anak dia, yang aku pegang kasut nak cari salesperson kt situ. pic yang ni rasanya lepas raya tahun lepas, punyalah lama..


so sekian. tu je lah nak cakap pun XD


xoxo