Forgotten

kalau dalam k-drama, kang ha neul forever 2nd lead but in movies dia forever main role. movie ni memang best ar. kt dramago rasanya dah ada movie ni. cepat-cepat la korang pergi tengok. dia punya feel tu macam tengok citer omputih. serious best. nampak tak berapa kali best aku dah cakap.. hehehe


so movie ni pasal satu family ni baru pindah kt sebuah rumah. so si ayah ni bagitau la kt dua orang anak laki dia, bilik yang satu lagi tu jangan masuk, tuan rumah tu ada barang simpan situ tak ambil lagi so terpaksalah dua brothers ni share bedroom. tapi lagi cakap jangan masuk, lagilah terasa nak masuk kan..


so first night diorg kt rumah baru tu,jin seok (kang ha naeul) terdengar macam ada bunyi datang dari arah bilik tu so dia nak pergilah tengok tapi baaaaaarrrrruuu je dia nak capai tombol pintu abang dia, yu seok (kim moo yeol) sergah dari belakang. giler tak terkejut kau. aku pun nak luruh jantung, kot-kot la hantu perempuan baju putih pulak yang kt belakang jin seok tu.


rajin sangatlah si yu seok ni ajak jin seok ambil angin malam walaupun time tu tengah hujan. masa diorg tengah lepak tu, bapak diorg call yu seok suruh balik, katanya ada barang tak ingat letak kt mana, so yu seok balik dulu, lepas tu baru jin seok pulak balik.


masa jin seok nak balik tu, dia nampak yu seok kena pukul dengan satu geng ni, lepas tu terus kena bawak masuk dalam van. nasib baiklah jin seok ingat no plate tu so dia balik rumah bagitau mak bapak diorg and tunggu polis datang. tapi polis pulak cakap no plate tu tak wujud, lama giler lah jugak polis stay kt rumah diorg sebab nak tunggu in case kalau penculik tu call dirog ke apa kan, tapi satu apa pun tak sampailah hari ke 19, tetiba yu seok balik tapi dia tak ingat apa pun and diorg pun stop je kes tu.


tapi sejak yu seok balik ni, jin seok tengok dia dah lain. macam itu bukan abang dia tapi orang lain. and tetiba yu seok suka keluar malam, so one day yu seok ingat jin seok ni dah tertidur kt meja study tapi rupanya tak. malam tu jin seok ikut yu seok sampai tiba kt suatu tempat ni. macam tempat gangster melepak tau. lepas tu apa lagi gangster tu semua kejar ar jin seok kan nasib baik dia dapat lari. tapi suddenly ada orang nak serkup mulut jin seok dari belakang and dia pengsan.


bila jin seok terjaga, dia dah ada kt meja study. jadi macam trauma pulak dia lari kt toilet sebab takutkan yu seok. and then yu seok tangkap jin seok and tanya dia kau ada makan ubat tak. sebenarnya jin seok ada ambil ubat penenang and tak boleh tak ambil ubat ni (sebenarnya ada orang lain yang bagi dia ubat tu, part ni kita hold dulu ya hehe)


tapi sebenarnya time tu yu seok terkantoi sebab jin seok tak pernah bagitau yang dia ikut yu seok malam tu naik teksi. so lepas yu seok keluar rumah je, jin seok bagitau mak diorg pasal hal ni tapi sehari suntuk tu yu seok langsung tak balik rumah. and then malam tu, jin seok nak minum air. so dia turun bawah dan terdengar mak dia tengah cakap telefon dan dia pun mula rasa takut dan pelik. siapa sebenarnya mak dia tu.


disebabkan jin seok terlampau takut sangat, dia lari pergi ke balai polis tapi apa yang berlaku kt balai polis lagi mengelirukan dia especially lepas police check nombor ic dia, lebih-lebih lagi sebenarnya itu tahun 2017, bukan 1997 macam yang jin seok ingat.


jadi apa sebenarnya yang berlaku? siapa lelaki dan perempuan yang jadi mak ayah dia? siapa sebenarnya abang dia tu? jadi jin seok pun balik ke rumah semula dan satu persatu kebenaran terbongkar.


so apa jadi lepas ni, silalah tengok ya. serious memang banyak scene suspense.


xoxo