Myeongdong Topokki

masa cuti cny lepas, aku keda dengan minah memang plan nak karok. asalnya nak pergi movie but since takde cerita yang best, karok la. tapi ni bukan nak cerita pasal karok. ni nak cerita pasal nak makan. asal masa jumpa tu memang kitorg brunch kt food court je tapi petang tu lapar la pulak sebab lunch time dah over kan..


so lepas fikir punya fikir sembang punya sembang, kitorang pergilah ipoh parade. nak makan korean. last makan korean dulu dengan minah, milah and kecik kt sunway pyramid. actually sedap yang kt sana lagi dari yang ini. so time tu duit bukanlah takde tapi dah belanja pergi karok so ingatkan nak makan ni bolehlah bayar guna debit card kan, sekali masa sampai turn kitorg tu, dia cakap cash only. nasib baiklah self service baru nak order, belum siap lagi. kalau tak naya je nak kena kerja cuci pinggan nanti.


aku dengan minah pun main cabut je tinggal keda kt table, dahlah dengan phone tak bawak. nak cari atm kt ground floor pulak tu, bayangkanlah kitorg dari 3rd floor nak turun ke ground floor pulak. sampai kt atm lagi macam nak pengsan, dahlah machine dua je yang ada, satu pulak rosak. beratur kt maybank atm tu dah boleh buat thomas and friends dah lol yang kelakar tu masa nak balik baru perasan kt sebelah lobby ada lagi atm machine *sakit kepala sekejap*


lebih dari setengah jam la kot beratur sebab nak makan je. dah lapar sangat. machine tu kalau satu cepat takpe, line slow pulak tu. betul-betul menguji iman. aku dengan minah pun dah macam tak betul and aku pun "kalau ina mesti dia dah maki kita hilang macam tu, phone pun tak bawak" and minah pun "keda pun lebih kurang je" hahaha


kesian keda boleh dia ingat kitorg nak prank dia hahaha kalau nak prank takdenya kitorg nak tinggal beg sekali kt table hahaha dahlah kitorg tinggal dia macam tu lepas tu order untuk dia pun salah. hahaha sebenarnya dah lupa apa yang keda tu order tapi sebab malas nak masuk tanya, lepas withdraw duit tu terus pergi lari naik atas order je.


tajuk myeongdong topokki tapu bukan cerita pasal makanan tapi pasal journey nak makan hahaha


xoxo


dah next time korang datang klebang pulak. dekat sikit dengan rumah aku ;)