Dating dengan mak buyut + a guy who has 533 kids!!!

gumbira tak terkata bila dapat jumpa gegirls dua orang ni.. dahlah cakap nak turun Ipoh pun last minute but it's better macam ni dari planning kan.. nanti beria planning tapi tak jadi pula macam last two months Ina ada cakap nak turun Ipoh, tidur sini bagai tengok-tengok tak jadi.. hilang kesexcited aku tau.. then tengok-tengok last week Ina tiba-tiba turun Ipoh.. Minah pun dan-dan tulah nak cakap aku ni kesayangan boss sure kalau minta half day last minute boss mesti bagi.. haha minah kan mak that's why la sekarang dia dah pandai berkata-kata..


jam dah pukul 1, Ina pun dah sampai Ipoh. Aku punyalah takut kalau customer or anyone tiba-tiba datang, sangkut aku tak dapat nak half day so cepat-cepat aku kunci office and pergi ak corner.. sambil tunggu Minah tu, aku makanlah kejap ice cream cake.. bila aku post kt twitter je, diorang ingat aku makan kat secret recipe.. hahaha manalah aku nak cari sr kt area Ipoh Grove ni


elok je Mi dah ambil aku kitorang gerak ke Amanjaya pula nak ambil Ina.. time ni seronok la pula dapat kenakan dia, rasa macam dah lama tak buat macam tu haha masa kat tarffic light depan KHEDN, aku call Ina cakap kitorang dah sampai.. dia pun nak keluarkanlah ayat archi "aku kat pick up point ni.. korang naik kereta apa?" "mi pakai mercedes color silver haha" so once again aku call Ina bila kitorang dah masuk area Amanjaya. "ko kat mana?" lepas tu mi mencelah masuk "suh dia angkat tangan macam zahid" tak boleh blah mi, nak tergelak aku time tu.. "wei Ina kau angkat tangan sekarang.."  "kau kat mana? aku tak nampak pun.." "kau tunggu kat luar, angkat tangan.. aku tak nampak kau ni" "aku pakai baju warna biru ni.. haa nampak tak?" lepas tu aku nampak mak buyut keluar haha "haa aku nampak dah, pakai seluar warna hitam kan.."


jumpa kitorang je terus cakap laki aku pesan jangan lompat-lompat hahaha kitorang semua tak makan dari pagi lagi.. nak decide pergi makan kat mana pun susah sangat, sudahnya bawa Ina pergi jalan-jalan tengok tempat aku kerja and Mi sampailah ke AEON St. 18.. kebetulan time tu ada audition bintang mencari bintang.. patutlah orang ramai sangat.. Ina ajak makan dulu baru solat but Mi pula nak solat dulu baru makan.. senang katanya nanti lepas solat boleh jejalan puas-puas kat dalam AEON tu.. 


yang kelakar masa parking kereta. masa pusing-pusing tak jumpa tapi bila ada nampak seorang kakak tu cakap dia nak balik, kitorang follow lah dia tapi hilang pula dia.. entah mana diamnya kat celah-celah parking tu.. tengok-tengok ada parking kosong, tadi masa mencari tak nampak pula. aku cakap kat diorang simpan beg dalam bonet. ok bonet tu boleh mencelah masuk ikut belakang so aku nak capailah ambil beg Mi & Ina then Minah pergi buka pintu keluarkan beg.. hahaha terima kasih sayang 


sementara Mi & Ina pergi order makanan diorang, aku cop tempat.. so aku nampaklah satu meja ni ada banyak kerusi but tak ada orang.. aku pun duduklah, elok je aku dah duduk keluar handphone nak check in kat foursquare, two dudes table sebelah cakap ada orang duduk kat table tu.. diorang suruh aku duduk kat table sebelah so aku pun exhange (kalau tak silap aku, masa lunch dengan Mi, table tu juga port kitorang)..


lepas tu aku tengok crew tv3 yang duduk kat table tu.. dudes yang tegur aku tadi tu rupanya tolong jaga table crew tu je hahaha ingatkan member diorang yang nak duduk situ..Ina tiba-tiba datang bagi myr8 kt aku, terkujat noq tau tak.. time tu feeling aku Ina ni macam arwah pak cik aku.. selalu tiba-tiba macam tu bagi duit.. rupa-rupanya dia nak belanja makan hahaha 


next move pergi tengok wayang.. aku dengan Ina pun hairan kenapa Mi tolak kitorang pergi ke counter lain rupanya counter kat depan tu counter untuk junk food bawa masuk tengok wayang nanti.. cerita ni memang lawak nak mampus, Delivery Man.. percaya tak kalau aku cakap this man has 533 kids??! ya 533.. ini semua anak dari sperm bank.. dari 533 kids ni, ada 100 lebih yang mencari dia sebab nak tahu siapa Starbuck.. aku duduk kat tengah-tengah, pop corn tu makan passing-passing kiri ke kanan, kanan ke kiri.. beli large pop corn nak habiskan pun payah.. sampai melekat celah gigi pop corn tu. masa balik Ina bagi chocolate apa aku pun dah lupa tapi lega sikit mulut aku.. pop corn tu slow slow hilang..

  
handsome handsome semua anak dia.. tak rugi tengok citer ni tapi yang pasti bila kitorang tengah choose nak tengok movie apa, aku dengan Mi cakap janji bukan citer melayu.. bukan nak cakap citer melayu tak best tapi lepas tengok ombak rindu, lebih baik beli dvd or sewa kat astro je..


lepas habis tengok wayang, kitorang pergi imbau kenangan kat Polytechnic Ungku Omar "megah terbina di lembah kinta, di ipoh bandar raya, menjadi warisan kita" dulu inilah lagu selalu kitorang nyanyi waktu orientation.. haha rasa best je masuk poly, teringat time dulu-dulu balik.. terasa macam dah tua je, yelah dah nak lima tahun kot grad dari poly.. tapi tak puas sebab tak dapat masuk sampai department archi sebab time tu dah nak maghrib so kitorang pun cepat-cepat gerak ke gerai mak yana.. sempat lagi snap photo kamsis, rasanya itu block H (block Ina)


bawa mak buyut ni pergi gerai mak yana.. dia ngidam nak makan bubur, lepas tu tapau sekali nasi gorang ayam pergi makan dekat harcore!!! ada lagi gerai ni wei.. cara susun table, gerai diorang pun sama je.. yang bestnya tu diorang ingat kat kita lagi!!! aku ingatkan naklah buat balik macam dulu, duduk kat table tu ikut susunan kita tapi Minah cakap tak payah kita bukannya ramai pun sebab minah kan mak :( [benteng dah kurang orang meniaga, nasib baik hardcore ada lagi] dulu kalau busy sangat, sms je nak makan apa, dah siap baru pergi ambil.. 


time ni pun sempat lagi bergosip, kitorang dulu sementara tunggu order sembang-sembang gelak-gelak.. budak-budak sekarang main handphone, online, gaming.. haha order air pun ikut macam dulu.. kalau dulu aku makan kailan ikan masin Minah dapat makan batang kailan je.. khasiat lagi banyak hehe tetiba rasa maca sedih pun ada. cepat je rasa masa berlalu. kalau boleh flash back balik mesti awesome. waktu Ina lari dari fantasy pergi nyorok kat rumah kawan dia. apa ingat kitorang tak tahu mana nak cari dialah tu. hujan renyai-renyai lah pergi mencari dia kat sana naik kereta Krishna hahaha lawak-lawak


"ina : rumak kau ada apa-apa ke? ok ke?"
"aku : ok je, ada jiran kiri kanan.."


kalau aku nak citer balik chit chat kitorang malam tu, korang pun mesti penat nak baca sebab aku tak tahu korang boleh faham ke tak apa yang aku cakap lol Ina kata nak mandi kat rumah aku pun tak jadi.. tapi rasa kejap je kan keluar lepak hari tu. malam Ina dah balik. dah say bye bye kat esso tc, tengok-tengok jumpa balik dekat shell ipoh garden east hahaha nak tahu tak Ina, time aku nampak kereta kau kat simpang nak masuk highway, aku suruh Minah horn lepas tu dia cakap horn dia rosak. aku tak percaya, aku tekan sendiri, memang betul rosak =.=


lepas tu terus naik giant beli barang keperluan Minah. tulah masa kat AEON aku dah cakap beli tapi kau degil hehe lepas tu terus balik tasek.. entah bila lagi nak jumpa korang, maybe bulan dua nanti kot lepas P.A. keluar hehe ;-p tak pun kat Sarawak time Amal kahwin.. ni Minah ni tak sempat-sempat dia nak balik pagi esok tu, malam tu siap suruh aku set alarm pukul 8am, betul-betul dia balik pukul 8 dengan tak breakfast, rasa bersalah aku buat anak orang macam tu..


awkward when we first met, grew to care for each other
spent many years together, sometimes arguing
stayed up all night together, our history is at dawn
have sworn to renewed friendship
I know, such a foolish idiot
at a pointed correction, talked to a friend but
the last promise between us, don't know if that'll be kept
I don't know myself
don't know, well, that's the problem
we were friends, when we were together
we were like kids


p/s : aku suka lagu ni sebab it's about friendship


hehe finally dapat pun cd and photobook teentop.. dari last year tahu tunggu benda ni, sampai dah lama.. nak jumpa Mi je yang susah sikit. jumpa waktu lunch sure tak sempat sebab tempat kitorang walaupun dekat tapi traffic teruk giler.. poster punyalah besar sampai aku tipu Darwisy cakap Minah tertinggal working drawing.. 


xoxo