Variety : living without cell phone - RIRIEY ZARIES

January 25, 2014

Variety : living without cell phone

morning peeps... have you ever thought how people at the old days living without a cell phone? tbh it never cross my mind but after I watch a reality show on how a selected celebrities were chosen to experience all that but theirs are more worst.. living without water, electricity, money etc.. whoa fikirkan saja pun dah bagi stress


cell phone dah jadi macam keperluan yang wajib ada dalam pyramid manusia.. bukan lagi kehendak esp bila harga cell phone sekarang tergolong dalam harga mampu milik.. tapi pernah ke kita terfikir macam mana dengan golongan yang tak mampu? ya mungkin dorang mampu beli tapi mungkin mungkin tak secanggih kita punya, pernah ke kita terfikir bila kita keluarkan phone untuk main game atau nak update status I'm at Nando's, GSC, nasi kandar d'naina bagai, mungkin ada mata-mata yang mengerling tengok sebab tak mampu nak beli smartphone..


dulu aku pernah try living without internet, lebih dari seminggu kot.. memang struggle giler, masuk minggu kedua, aku online juga pakai phone je but mana nak sama dengan laptop kan.. rasa macam tak puas je esp bila aku update blog pakai e-mail. rasa macam pathetic sangat huhu 


so minggu ni aku nak try living without cell phone pula. tapi taklah sampai seminggu tapi tak apa aku try je dulu. actually aku dah start dari semalam, hari ni second day living without my buddy. tetiba je aku terfikir nak try sebab dulu-dulu mak ayah kita tak ada cell phone pun tapi boleh je dorang survive. selalu juga dorang keluar lepak dengan member-member. perasan tak sejak ada cell phone ni, walaupun ianya memudahkan kita untuk keep in touch with long lost friend, cousin yang stay jauh-jauh tapi bila jumpa kalau jari tak jejalan atas phone screen tak apa juga. ni sambil chit chat tu,jari tak lekang pun dari screen.. 


kadang-kadang kita tak sedar yang kita pun tergolong dalam orang yang macam tu. maybe sebab kita terlalu sibuk dengan dunia sendiri. even though dunia sekarang dah maju bertapak-tapak tapi secara tak langsung, perlahan-lahan kita terpisah jauh dari adab. waktu orang datang rumah @ kita pergi rumah orang, mak ayah kita sibuk bersembang, kita pula mungkin gunakan alasan tak baik menyampuk kalau orang tu bersembang, argh online la.. perasaan macam tu mesti ada kan? tipulah kalau korang cakap korang tak buat macam tu..





ini semua gara-gara aku tengok relaity show the human condition. apa yang bagus cerita ni sebab dorang sendiri akan experience bagaimana reality kehidupan kalau hidup dalam kekurangan. banyak moral values yang kita boleh adapt.. and to all my chinese buddies GONG XI FA CAI! you all kahwin la cepat-cepat, boleh dapat angpau hehe


xoxo




Check out this Robocop parody I found. Super funny! :D #RobocopMsia