August 20, 2016

bila my mom pun layan k-drama sama

well aku masih lagi demam W hehehe selalunya aku tengok drama bila dah complete. nak tau kenapa? sebab aku malas nak kena tunggu sambungan tu minggu depan plak. hazabedahnya boleh stress tau bila tengah mood drama tu tengah high tapi tergantung sampai berhari-hari plak. tapi dengan W aku tak boleh nak tunggu complete sebab my family pun tengok drama ni sama haha


termasuklah papa bila tak kerja. and semalam tengok berdua je dengan mama. tak sangka plak mama ni focus bebenau dengan kang cheol aka lee jong suk. tetiba je mama cakap "sampai kurus dia berlakon.. minggu lepas tengok badan berisi.."


sebenarnya one of the reason kenapa aku tengok W ni kt tv jugak sebab drama list dah terlampau banyak, tak terkejar dah. so better aku tengok kt tv je, fangirl sesama dengan mama. hari tu tengok master of revenge. ini fave drama mama, lagi tak pernah miss. even rerun ep on sunday pun mama tengok jugak. kalah iolls kekeke


hari tu ada nampak ime asia update lee jong suk is coming to asia. wow dengan W tengah hot sekarang ni, sama hot dengan pu ipoh sekarang ni, confirm ramai pergi terjah. lepas tu kt group melody, ada sorg ni tengah mood W, aku pun join sekaki la.. then sorg lagi cakap orang tengah sibuk olympic badminton, korang citer pasal drama..


ni je satu-satunya drama yang aku nak tunggu complete, Uncontrollably Fond. kim woo bin guys kim woo bin! maka haruslah aku tunggu drama ni complete dulu baru boleh puas tengok. ini pun tak ajak mama tengok. kalau tak, malam-malam je baring depan tv la kitorg hahaha


ramai cakap drama ni best. and kalau boleh aku nak elak bertembung dengan review tu semua kt sns. kang spoiler rosak mood nak tengok. macam tak faham je kan hehehe


Let's Fight Ghost! best la jugak drama ni. kalau nak gelak-gelak nak cari mood booster ke dah boleh sangat layan drama ni. kang ki young watak dia macam selalu tak pernah tak funny. tengok muka dia je pun aku nak tergelak, belum lagi dia bukak mulut hahaha tapi kesian pun ada kt dia, sebab rasa macam dia sorang je yang waras lagi


taecyeon bercinta dengan hantu. david lee frust putus cinta kena reject dengan hantu. ada satu scene tu dia kena piggyback taecyeon dengan david lee, time tu diorang tengah mabuk sebab hantu tu punya pasal. kang kiyoung tu dahlah kering, aku tengok pun macam tulang je yang ada, tergelak-gelak aku tengok dia piggyback taecyeon dengan in rang. macam nak semput dah member tu.


ok that's it for now. jadilah follow up dua drama je atm. itu belum lagi love in the moonlight. tengok teaser kt kbs kemain lagi park bo gum menari. aku pun dah ingatkan drama tu ala-ala splash splash love hahaha


xoxo