dah berkepam lama sangat. so kena la publish hehehe

baru perasan blog aku sekarang ni banyak cerita pasal k-drama je. nampak sangat aku tak ada activity di hujung minggu. bukan tak ada ctivitity tau tapi busy berjalan dengan family.. lagi-lagi bila keluar berdua dengan mama, lagi banyak hal kitorg. pergi makan durian kt rumah kawan mama, kenduri birthday & last week kenduri kawen cuzzie..


masa ni tengah kelaparan sangat. baru je lepas jerit-jerit sampai nyaris tak keluar anak tekak. konon perasan yang diri tu macam little mix, layak nyanyi lagu high note.. time ni tak plan pun nak keluar ke apa. plan aku pun nak tengok tv & tidur. part of my hobby on lazy sunday hehe


aku tak tahulah tengah buat apa time tu, main dengan kucing aku yang tiga ekor tu kot. tetiba minah katalk tanya aku buat apa. dah pung pang pung pang kt katalk, aku pun suruh dia ambil aku sebab kereta mak aku pakai. tapi macam biasalah, kitorang pergi rumah memasing, mesti mitak nak ke tandas hahaha ini dah biasa sangat haha


nampak sangat kitorg tak ada plan langsung. jejalan window shopping, pergi book bilik karok, then sambung window shopping sementara tu. kali ni pergi karok siap ada list bagai hahaha tak sanggup ok asal pergi karok je gigit kuku fikir nak karok lagu apa. selalu sangat macam tu. dalam kereta nyanyi sorang-sorang, bila pergi karok tak tahu nak nyanyi lagu apa hahaha


so adanya list kali ni, pilih je lagu & nyanyi. selalu minah lagu dangdut tak pernah miss tapi aku tak ingat plak dia ada nyanyi dangdut ke tak. btw dangdut tak perfect kalau ina tak ada. rindu korang weh huuuuuu


so lepas tu kitorang pergi makan kt marrybrown. aku pun citer la pasal yana. aku pergi rumah yana nak hantar kuih raya je, tetiba yana tarik aku ke luar rumah. aku ingat dia nak paksa aku teman dia pergi kursus kawen, rupanya nak cakap dia nak kawen "weh aku seronok nak kawen" sabar je la hahaha


saja pakai gambar throwback ni sebab semua ada sekali kt sini hehe


geng makan kenduri kitorg dah tinggal aku minah dengan zahid je. dulu pergi kenduri memana, sema dengan yana ada sekali. sekarang kitorg bertiga je. pergi kenduri yazid hari tu pun kitorg bertiga je. harap maklum itu bukan bermaksud geng kitorang cuma kitorang je miss single. ini geng ipoh, kalau nak kira sekali yang duduk kl, itu kena tunggu reunion hahaha 


dahlah zahid duduk kt shah alam. dia turun ipoh pun sekali sekala je. so memana sekarang ni memang  aku dengan minah je. karok berdua, movie marathon sampai sehari suntuk. lepas tu pung pang pung pang nak pergi korea. tapi cerita je kencang dari 2-3 tahun yang lepas, habuk pun tarak.. *emoticon ketawa sambil nangis*


al kisah selfie ni sehari sebelum dating berdua dengan minah. mak long, mama dengan aku pergi kendurian kt simpang pulai. adik aku tak nak ikut, sibuk sangat nak main kt tasek. dah lama sangat post ni dalam draft sampai aku sendiri pun tak ingat apa yang nak tulis hari tu haha


ok jadilah, nanti kalau tetiba aku ingat aku tambah je lagi ayat even though aku tahu siapa je lah yang baca blog aku ni.. anyway yang spend time baca tu, thanks for your time guys ;)


xoxo