Zombie Kilang Biskut



Tetiba je semalam my parents ajak pergi tengok wayang, lepas balik kerja terus booking ticket and cepat-cepat balik rumah siap, sembahyang, keluar makan, playing games di arcade sekejap, then movie.. hehe bila dah stress bekerja, of course la comedy yang menjadi pilihan kan.. yes aku still ingat yang aku pernah cakap takkan tengok movie melayu di wayang lagi after incident ombak rindu but let's give an exception to Mamat Khalid movies.. orang perak kot, wajiblah aku sokong kan, tak gitu..?


Director orang perak, locations pun bergelimpanganlah di Perak, kalau sequel dulu semua banyak di area Kuala Kangsar this time di Ipoh plak.. Chepor, Gunung Lang, Carsem di Medan Gopeng & pub SOS @ Sensation Of Sound..




Overall movie ni aku bagi rating sampai 4 star.. tak kering gusi langsung tengok movie ni.. dari start sampai ending cuma last part tu nampak macam tergantung je so Mr. Director silalah cepat-cepat release the next sequel ok.. role yang paling funny bila ada puntianak yang nak balas dendam tapi tersilap kampung la plak hahaha haish tak pernah aku tengok cerita ada hantu yang tersilap kampung #thumbs up


Cerita ni bukan sequel kepada hantu kak limah ke apa tapi sequel daripada zombie kg pisang. kalau korang ingat dalam movie tu kan Sofi Jikan ada cipta formula untuk benda benda zombie ni bagai, so dalam movie ni pun sama juga.. cuma bezanya ini tak ada incident toksik tertumpah dalam kuah rendang Pak Munawer tapi formula tu dia campurkan dalam biskut and then dia bagi semua pekerja kilang tu makan.. this is how the zombies growing up.. but the first person to try is Adam.. no wonder dalam sibuk-sibuk dia perform on stage nampak je otak yang fresh terus serbu.. Lol


 Since this movie baru je release, so untuk early birds harga ticket tersangatlah murah, dari MYR7 je


Next time baru tengok Captain America plak ;-)


Aaahh aku pernah upload script ni di Facebook dulu, dah tu semua kawan-kawan aku ingat aku ada berlakon dalam movie ni hehe nak dipendekkan cerita, pak cik aku dijemput untuk baca doa sebelum movie ni start shooting di Chepor..


Inilah five dudes eh silap five zombies yang bertanggungjawab memeriahkan suasana di SOS @ Sensation Of Sound.. bila introduction start je, aku pun "eh Adamlah...."


Takkan aku lupa bila aku terjatuh kat parking di luar TGV.. entah kereta siapa yang minyak leaking kat situ.. ingatkan jari aku patah ke apa.. mana taknya, terus bengkak jari aku~ ini second incident la, first incident bila aku suruh Darwisy ke belakang lagi sampai dia rapat dengan wall Rio 2, sampai nak terjatuhlah wall tu hahaha aku sebagai kakak kelam kabut nak selamatkan diri sendiri dulu hew hew


xoxo