May 16, 2013

Kisna

Kisna? Maybe typo kot.. Nak tulis Kiss Me sebenarnya.. eh silap.. betullah Kisna.. eh jap sorry eh macam tak berapa nak betul sikit.. cuaca panas sangat hari ni.. tak macam semalam sunny sunny je.. inilah punca sakit kepala bagai hurm =(

Back to Kisna, siapa yang kaki Hindustan or memang tengok TV2 malam tadi, mesti tahu kan what is Kisna.. So citer dia agak sadis la juga.. Bercinta tak semestinya bersatu.. bercinta juga tak semestinya diluahkan.. eh cewah dah macam prof cintan plak hekhek

Ok citer ni pasal zaman penjajahan British kt India dulu.. diorg ni kawan dari kecik lagi tapi bapak si Katherine ni plak sombong.. tak macam Katherine and mak dia.. Maybe bapak dia takut anak dia rapat sangat dengan anak orang gaji dia, Kisna.. Katherine kena hantar balik ke England.. tapi few years later, bila budak-budak ni dah besar, Katherine balik ke India..

Mulalah klimaks citer ni bila bapak Katherine kena bunuh lepas India dah merdeka, si Kisna susah payah tolong selamatkan Katherine sampai dia sanggup tinggalkan tunang dia.. cuma mak dia sorang je yang tahu pasal Kisna & Katherine..

Tapi nak dijadikan citer, aku ingat Kisna ni mati sebab dulu pernah tengok sekali citer ni kt TV2 tapi kt tengah-tengah movie je la.. ending pun tak tengok.. so kebetulan ada replay balik, aku tengok je la dari mula.. tapi sebab mata aku dah nak terpejam dek mengantuk, aku terpaksalah menapak ke atas katil iolls yang empuk hehehe

Pagi tadi bangun tidur, solat subuh.. terus tanya kt mama.. macam mana ending citer tu.. haa cam ni bunyinya..

'Elok sampai kt Delhi tu.. rupanya Katherine ni orang kaya.. dia buat passport untuk Kisna ikut dia balik ke England tapi Kisna tak sampai hati nak tinggalkan tunang dia.. Kisna tu cakap dia memang sayang & cintakan perempuan tu tapi dia dah janji dengan mak dia cuma hantar Katherine & lepas tu kena balik.. semua sumbangan dia buat atas nama Kisna & dia dapat jumpa wife Kisna, wife dia cakap Kisna tak pernah cintakan diri dia..(kecian la plak) anak lelaki Kisna muka sebijik cam Kisna..(of courselah.. dah actor yang sama)

Citer ni sebenarnya flash back tau.. Katherine tu dah tua dah pun macam Queen Elizabeth pun ada.. eh..

Kisna ni mati dek sakit tua....

Dah macam dalam citer Pearl Harbor plak shot ni haha

Eh perasan tak setiap citer Hindustan mesti ada scene yang macam ni kan?