September 27, 2013

an nyeong ha se yo 안녕하세요

Good morning everyone... it's been rainy since yesterday and I barely leave my bed this morning.. unfortunately I have to.. woks is calling you know.. lagi best kalau dapat snuggle atas katil sekarang ni... hurm T.T


entah bila di mana macam mana, minah boleh jadi k-poppers.. aku pun tak tahu memang tak sangka langsung.. tapi yang aku tahu dialah yang jadi punca kenapa aku suka giler dengan teentop esp chunji.. ini je aku boleh fangirly dengan dia.. selain dari tu, dia malas nak layan aku.. and for this reason jugalah dia ajak aku belajar korea.. kalau nak pergi korea pun, dia dah siap list stay mana, pergi mana.. haa yang ni bagus, check list dah siap.. padahal pergi pun entah bila hahaha tapi yang penting kena pergi gangnam, bukan untuk shopping.. aku memang tak mampulah nak shopping kat gangnam.. tapi nak pergi management office and stalker teentop haha #fangirly sangat kan ;-p


ready for Korean class people??


aku pun tak tahulah kenapa tugas mencari ni dia serah kat aku.. entah dia ingat lagi ke tak pasal benda ni.. ceritanya berbulan-bulan yang lepas tapi baru sekarang aku nak share.. banyak jenis class yang aku jumpa.. ada yang private, public, free online etc tapi yang di hi korean, they have three categories.. 


efficiency : study through online from home with teacher who lives in Korea
private tutor : help you to study efficiently when you're having problems to understand etc
affordable : $$$ you can have the teacher who suits your style and if you think she/he is ok






***********************************************


hari tu masa gossip dalam tweet, aku, minah and ina cerita pasal reunion 2014.. masa nak last semester dulu, kitorang pernah janji nak reunion tahun 2014.. ambil 5 tahun untuk kejar impian kitorang.. tempat pun dah ada.. dekat pulau mana aku pun tak ingat.. tarikh pun aku tak ingat, aku cuma ingat bulan december and date tu kitorang campur pakai d.o.b..


tapi disebabkan tahun depan ina dapat baby, so niat nak pergi reunion tu terpaksa dibatalkan dulu.. syam maybe time tu tengah pregnant, who knows.. pandai-pandai je aku cakapkan.. haha so nak tak nak, reunion terpaksa postpone ke tahun 2015...


ada rezeki insyaAllah, reunion kitorang nanti di...
.
.
.
.
.
.

kenalkan tempat ni kat mana..? ;-)


siap ada tulis made in china lagi.. bawa dari rumah kot haha


ya di Korea.. semua tu dalam perancangan je.. bukannya terus nak pergi ya.. archi rangers ni bagi bajet simpan duit dalam setahun.. cukup ke saving untuk setahun?? maknanya kena kurangkan shoppinglahkan.. berjimba bagai... hurm kata orang if there's a will, there's a way ;-) tapi kalau tak cukup pergi korea pun tak apa, kita pergi umrah je ya.. itupun lagi afdal :)


kan macam aku cakap tadi, minah dah siap check list, katanya nanti stay di myeongdong.. sebab tempat tu strategic, dekat dengan incheon international airport, gangnam, namsan tower and han river.. 


***********************************************


xoxo